“Hi Mr CEO. U tak segan ke lunch dgn org biasa mcm i ni?
“
Ariel hanya mampu gelak ketawa. Pandai Lisa perli Ariel. Lalu Ariel membalas SMS Lisa.
“CEO tu jawatan bila bekerja. Bila luar kerja dan jumpa dgn u, i jadi org biasa gak. Kita ni sama je ok? So, boleh ke lunch esok? Kat mana?”
Lisa dengan pantas membalas SMS Ariel.
“Baiklah Mr CEO. I kat memana pun boleh. I takut u je nak jumpa kat tempat yg mahal2. I ni kat mamak pun boleh :p”
Sekali lagi Ariel gelak ketawa. Rasa mengantuknya serta merta hilang. Sungguh tajam Lisa perli Ariel, lalu Ariel pun cepat-cepat membalas SMS…
“Haha, kuat perli gak u ni. I pun tak kisah kat memana. Mamak pun mamak la. Tapi sebagai tanda maaf, i nak belanja u makan kat Chili’s One Utama esok kul 1pm. Ok?”
Dan Lisa pun membalas…
“Ok. As you wish Mr CEO. C U there at 1pm. Gudnite..”
Ariel tersenyum melihat SMS balas Lisa. Tetapi Ariel mula terfikir bagaimana dan apa yang dia hendak jelaskan kepada Lisa. Ariel sudah menguap kembali. Dia malas hendak memikirkan sangat. Lalu Ariel pun baring di atas katil dan tertidur.
*********************************************************************************
Pukul 12.50 tengahari, Ariel menunggu di depan Chili’s One Utama. Ariel masih menantikan Lisa yang belum muncul lagi. Ariel sengaja muncul awal kerana dia mahu membuat kejutan untuk Lisa. Segala perancangan untuk kejutan itu sudah diatur Ariel dengan krew Restoran Chili’s. 1 minit sebelum pukul 1.00 tengahari, Lisa muncul dengan senyumannya yang manis.
“Hi Ariel, dah lama tunggu?” sapa Lisa.
“Hi Lisa, thanks for coming. I baru je sampai. Jom masuk..” jawab Ariel sambil berjalan seiringan dengan Lisa memasuki restoran Chili’s. Lalu mereka pun duduk di tempat yang disediakan.
Mereka pun duduk di sudut yang selesa dan tidak bising seperti yang diminta oleh Ariel sebelum Lisa tiba tadi. Mereka berdua memesan makanan masing-masing dan setelah pelayan Chili’s beredar, Ariel memulakan perbualannya.
“Lisa, dari tadi senyap je…macam tak selesa je…”
“Takde ape. I’m okay. Tapi memang la tak selesa sebab I makan dengan CEO…” jawab Lisa secara sinis.
“Hahaha. Sampai camtu sekali you perli I eh? Dahsyat juga you ni. I boleh bayangkan kalau you merajuk. Hehehe…” Ariel hanya mampu tergelak. Kemudian Ariel menyambung lagi.
“Lisa, I rasa I tak tipu you kan. I cuma belum berterus terang je. Bila kita keluar sebelum ni, segala perangai, cara I berpakaian dan cara I tu semua, that’s me. Apa yang you lihat selama kita kenal, itulah diri I. Itu I langsung tak tipu. I hanya menjadi diri sendiri seadanya…” Ariel menjelaskan keadaan sebenar lalu menyambung lagi.
“Ok, sekarang I nak terus terang semua dengan you. Yes, I’m the CEO of that multinational company. I took over the company from my father last 2 years. I pun masih merangkak lagi. Kawan baik ayah yang banyak tolong I dalam pengurusan syarikat selama 2 tahun ni. I banyak belajar dengan dia dan ayah yang jadi penasihat I di rumah…”
Ariel terus menceritakan mengenai dirinya dan lisa mendengar dengan penuh minat sambil memandang mata Ariel. Ternyata Ariel tidak berbohong. Betul juga kata Ariel. Ariel tidak pernah menipu Lisa. Cuma dia belum berterus terang mengenai statusnya. Cuma Lisa memikirkan tentang Ariel yang sangat sempurna kehidupannya sebagai seorang lelaki muda yang berjaya.
“Lisa, tu semua jawatan I bila di pejabat je. Bila luar pejabat, this is how you see me. Inilah diri I. Takde beza pun. Dari awal you kenal I sampai sekarang, I masih macam tu je. I tak tipu you kan? Hehehe. Cuma I tak suka sangkut pautkan hal kerja dengan personal life. Bila kat office, diorang panggil I ‘boss’. Tapi bila kat luar, I minta diorang panggil I Ariel. Lagipun I suka anggap diorang macam kawan I bila luar office. Lebih senang dan takde rasa awkward…”
“Hmm, okay. I appreciate you terus terang dengan I. At least I dapat tau siapa diri you yang sebenar. Dan I harap lepas ni you tak selindung apa-apa dari I lagi. I memang tak suka perkenalan kita ni bermula dengan penipuan. Nanti dah lama berkawan, asyik tipu je. Tak boleh la macam tu kan.” jawab Lisa dengan tenang.
“I faham. Seratus persen I faham. I pun tak suka menipu bila berkawan. Kalau kita tipu sekali, nanti segala apa yg berlaku lepas tu pun boleh jadi tipu. So, biarlah I terus terang je selalu. Senang sikit kan…” Ariel pula menjawab dan menyatakan pendapatnya.
Ariel memberi isyarat kepada krew restoran Chili’s dan salah seorang daripada mereka mengangguk lalu mula membawa makanan yang mereka pesan diiringi dengan sejambak bunga ros berwarna pink. Ariel mengambil sejambak bunga itu lalu diberikannya kepada Lisa dengan senyuman penuh makna.
“Ehh..untuk apa ni Ariel?” tanya Lisa dengan nada terkejut.
“Sebagai tanda minta maaf daripada I…” jawab Ariel dengan senyumannya yang manis.
“Takkan sampai camni sekali…terima kasih banyak-banyak Ariel! I really appreciate it!..” jawab Lisa dengan perasaan gembira sambil menerima sejambak bunga pink yang cantik itu daripada Ariel. Lisa terus membau bunganya itu.
“Pandai you pilih bunga ni. It’s my favourite!” jelas Lisa.
“Oh ya?..kebetulan pulak ye. I main belasah je beli tadi. But it’s good that you liked it. Lega!..hehe..” jawab Ariel dengan nada bergurau.
Mereka pun mula menjamah hidangan yang dipesan sambil berbual-bual mesra. Hampir sejam setengah mereka duduk di situ dan masih tidak lagi jemu berbual. Jam sudah menunjukkan jam 2.30pm. Terlalu banyak perkara yang mereka bualkan. Mereka berdua ingin mengetahui dan mengenali diri masing-masing.
“Lisa, duduk lama-lama kat sini nanti bosan pulak. Boleh you temankan I window shopping? Itupun kalau you free.” Ariel memecah kesunyian dengan pertanyaannya.
“Boleh sangat Ariel. I memang free. Takde buat apa-apa pun hari ni. Jom!” jawab Lisa dengan girang.
Mereka pun keluar daripada restoran Chili’s untuk berjalan-jalan sekeliling One Utama. Ariel ingin mencari sepasang kasut Hush Puppies kesukaannya. Bagi Ariel, ianya murah dan selesa untuk dipakai. Mereka pun menuju ke butik Hush Puppies yang berdekatan di situ.
Ariel sedang membelek kasut untuk dibelinya sambil meminta pendapat daripada Lisa. Tiba-tiba ada satu suara yang cukup dia kenal menyapanya…
“Hi Ariel!..What a coincidence!..”
To be continued…