Aug 31
Dugaan
posted by: irwandy in Cerita, Itu-Ini, Perasaan on 08 31st, 2010 | | No Comments »

Assalamualaikum wbt…

Pheeewww… it’s been a while since the last time I update this blog. So so so many things happened for the past few months. Some are good and some are bad. But hey, everything happens for a reason right? Patience is the key.

My work kinda okay. Cannot tell much. Very dangerous. You know what I mean… ;-)

As for my personal life, frankly speaking, I changed a lot. I really mean it, A LOT. Especially since early July with its peak at the end of July. I just can’t believe it all happened just like that. But Alhamdulillah, I have been changed for good. Particularly for someone but it’s good for everyone that surrounds me and also for my life.

Dan kini, dah masuk bulan Ramadhan. Memang benar, Ramadhan merupakan bulan rezeki dan juga pelbagai dugaan yang menduga. Terlalu banyak dugaan yang berlaku kali ini. Namun aku tetap sabar. Aku fikir positif. Aku tenangkan hati, tenangkan diri. Buat sehabis baik dan jangan putus asa. Selesaikan masalah satu persatu. Fikir yang terbaik untuk setiap perbuatan kerana setiap langkah & keputusan akan mengubah masa depan. Sememangnya masa depan itu sudah ditentukan oleh Allah SWT, cuma aku perlu berusaha dan harus lakukan yang terbaik dalam segala apa yang aku lakukan.

“Allah tidak akan mengubah nasib hambanya melainkan hambanya itu mengubah nasibnya sendiri…” surah Ar-Ra’d, ayat 11.

Bagi aku, kita jangan terlalu memikirkan hal yang bukan-bukan sehingga mengganggu fokus dan perasaan diri sendiri. Kita jangan terlalu memperbesarkan hal yang kecil. Dengan berfikiran negatif, amat susah untuk kita lakukan sesuatu, amat susah untuk fokus dan amat susah untuk teruskan hidup. Kita sebagai manusia sememangnya akan sentiasa mencari kepuasan hidup, sentiasa mencari kesempurnaan, tetapi kita harus belajar untuk bersyukur dengan apa yang ada. Mungkin dengan ketidaksempurnaan atau kekurangan itu yang akan melengkapkan kehidupan. Mana nak tahu kan…

Hari ini dah masuk 21 Ramadhan 1413 Hijrah. Lagi 9 hari untuk menyambut Syawal / Hari Raya. Aku harap ada sinar ataupun suatu perkara yang positif yang menanti pada Syawal kali ini. Semoga dengan setiap kesabaran dan kecekalan aku akan ada hikmahnya pada Syawal nanti. Aku sudah lakukan yang terbaik, dan aku cuma berserah dan bertawakkal.

Oh ya, raya nanti seminggu aku bercuti. Teringin gak nak gi jalan2 ke luar KL masa raya nanti. Entah la. Tengok mcm mana nanti. Masa kecik2 dulu, kalau gi beraya rumah sedara ke rumah orang memana ke, dapat gak duit raya. Sekarang ni mana nak dapat, dah tua. Kena bagi duit raya ada la. Hahaha. Sebab tu malas nak gi beraya memana, tak dapat hasil. Hahaha.

I think that’s all for now. Takde idea nak tulis apa dah. Will update more soon, I hope.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53. Malaysia Merdeka.

Wassalam…

Jul 9
This Is My Hijrah
posted by: irwandy in Announcement, Perasaan on 07 9th, 2009 | | 2 Comments »

After months of hesitating, at last I finally made my decision. Some of the people who knew me knows about what decision that I’ve made and some of you even thought that I’m going to get married which is totally wrong. Hahaha. Well, here we go…

I’m resigning from my current job.

Yes. It is true. Hehe. Takde la surprise sgt pun kan. Anyway, I got my own reasons why I resigned. I think it wouldn’t be appropriate to discuss it in here. Just that I feel I would do better, feel better and be more successful than I am right now with my current job. Sometimes it’s good to Hijrah isn’t it? Well, I’ve found it and this is the time.

After 3 years of serving the company, at last I put it to an end. I guess this is one of the hardest decision that I’ve ever made. Asyik tangguh je, pastu rasa macam tak yakin but I did it with full of confidence. Without doubt, ramai yg terkejut with my decision but that’s how it’s going to be.

Sometimes you gotta do what you gotta do. Trust your instincts. I have my plans ahead dan dengan keizinan Allah SWT, harap2 segala plan itu berjaya. InsyaAllah.

And now, I’m preparing to transfer my work & knowledge. Calon pengganti aku belum ada lagi. Entah bila aku pun taktau. I have 17 more working days to do all that stuffs. Belum lagi tolak cuti 4 hari yg aku nak apply utk gi Pulau Mabul nanti.

Lastly, I hope I’ve made the right decision. I chose this way to pursue my dreams and I have to face whatever the outcomes will be. Semoga jalanku ini dipermudahkan olehNya. Amin…

This is my Hijrah…

Oct 20
Di Benak Pemikiran
posted by: irwandy in Cerita, Perasaan on 10 20th, 2008 | | 5 Comments »

Aku tidak pernah menadah untuk meminta, sebaliknya aku selalu memberi. Aku tidak terlalu berharap namun aku cuba berusaha sedaya upaya. Dan aku pula tidak pernah untuk berputus asa untuk berusaha. Walau kadangkala ianya menyakitkan, namun aku tetap berusaha. Aku pun tidak tahu mengapa. Mungkin naluri hati ini yang kuat. Entah. Lebih menyakitkan apabila ianya dekat dengan aku. Dan kadang-kadang aku hanya memekakkan telinga dan membutakan mata. Namun jauh di sudut hati, amat perit.

Hari demi hari, aku masih lagi belajar tentang keikhlasan. Aku cuba menjadi seikhlas mungkin. Kerana dengan keikhlasan, kita akan menjadi tenang. Dan ketenangan itulah yang aku cari. Kadangkala aku tidak mampu untuk mengerti apa itu ikhlas. Kadangkala juga, dalam mencari pengertiannya, boleh jadi teramat perit untuk dihadapi. Namun kalau difikirkan semula, keperitan yang dialami itulah yang mengajar kita erti keikhlasan. Apa yang aku rasa adalah keikhlasan hadir apabila kita memberi tanpa mengharapkan sesuatu untuk kembali.

Aku pun semakin bingung dengan semua itu. Apa yang aku hendakkan sebenarnya? Apa yang mereka hendakkan sebenarnya? Mengapa kita perlu mencari jalan yang susah dan menjadikan segalanya ‘complicated’ ? Mengapa masih ada lagi yang terlalu memandang perkara kecil sehingga menjadikannya sebagai suatu perkara yang besar? Mengapa masih ada lagi yang terlalu asyik memandang keburukan kecil  berbanding kebaikan? Adakah kerana hati yang buta, mata yang enggan memandang atau telinga yang sengaja dipekakkan?

Aku juga terfikir apakah salah aku, apakah dosa aku diperlakukan sebegini. Mengapa ianya terlalu susah untuk aku kecapi. Sudah aku usahakan yang terbaik namun selalu menemui jalan buntu. Bukan sahaja jalan buntu, malah jalan yang tidak tahu ke mana arahnya. Boleh juga diibaratkan sebagai sebuah jalan raya yang ada tanda arah ‘Stesen Minyak di hadapan’‘, tetapi tidak jumpa-jumpa stesen minyak tersebut walaupun mengikuti jalan yang lurus dan betul.

Dan aku pula tidak boleh berkata apa-apa. Dalam keadaan sebegini, mahu saja aku pergi sejauh-jauhnya, supaya yang dekat dapat dijauhkan. Tetapi aku harus berdepan dengan realiti. Walaupun mata ini selalu memandang, hati ini selalu merasa dan telinga ini selalu mendengar, inilah jalan yang aku pilih dan aku harus tempuhi walau apa jua cabaran yang dihadapi. Walau sakit macam mana pun, ini tetap jalan kehidupan aku yang Allah uji demi masa depan. Aku harus sentiasa bersangka baik terhadap segala ujianNya. Aku hanya menanti dan berharap untuk suatu perkara yang tidak pasti. Dan aku juga ingin sekali memperbetulkan segala tanggapan yang tidak betul. Aku harus memperjelaskannya dengan sebaik mungkin. Sebab itu aku tidak suka orang beranggapan aku yang bukan-bukan, kelak nanti menyusahkan diri sendiri dan orang lain.

Aku hanya seorang manusia biasa yang mempunyai banyak kelemahan dan tidak sempurna. Tetapi dengan kelemahan itu yang aku banyak pelajari erti kehidupan. Learn from mistakes. Jangan berlari ke arah matahari terbenam, kelak akan malap. Berlarilah ke arah matahari terbit, kelak akan terang.

Akhirnya aku akan pergi juga ke Jakarta & Bandung pada 25 – 29 Oktober 2008 ini. Tiket sudah dibeli dan hanya perlu membawa diri dengan harapan dapat bertemu atau merasai hikmah di sebalik apa yang berlaku. Walau apapun terjadi, aku tetap aku. Jadi, maafkan aku bila diriku ini tidak sempurna, walaupun dengan ketidaksempurnaan inilah kita bertemu.

Jul 31
Lelaki Setia / Tak Setia?
posted by: irwandy in Cerita, Itu-Ini, Perasaan on 07 31st, 2008 | | 10 Comments »

Ada orang tanya, kenapa lelaki ni tak setia bila dah beri komitmen. Walaupun lelaki tu cakap akan setia, tapi akhirnya tak setia dan hubungan itu hancur akhirnya. Apa faktor-faktor yg menjadikan lelaki itu tak setia? Adakah kes lelaki tak setia ni berpunca daripada lelaki sahaja? Atau kedua-dua pasangan? Atau berpunca dari perempuan itu sendiri? Berikut adalah beberapa faktor yg saya dapat fikirkan.

1. Sifat tidak pernah puas. Mungkin lelaki tu mmg jenis yg tak pernah puas dgn apa yg dia dapat. Dia sentiasa mahukan lebih. Dah ada awek pun dia masih membuka hati dan mindanya untuk mendapatkan awek lain walaupun awek yg dia ada sudah setia dengannya. Tetapi disebabkan sifat lelaki tu yg tak pernah puas dgn apa yg dia dapat, maka itulah yg dia akan sentiasa lakukan sehinggalah dia kena terhantuk kepala sendiri, baru dia nak sedar. Mungkin lelaki mcm ni mmg patut dielakkan.

2. Layanan girlfriend nya. Mungkin awek dia layan mcm nak taknak atau segan sangat atau respon tak begitu hebat. Memang la awek dia jenis setia dan tak keluar dengan lelaki lain ke ape ke. Tapi bukan setakat itu sahaja untuk membuktikan kesetiaannya. Cara seorang awek melayan boyfriend dia pun sangat penting. Bukan nak suruh awek dia terhegeh-hegeh, cuma kena layan secara cool. Not too cool. Lelaki ni mudah tersentuh dengan sifat kewanitaan seorang perempuan. Lelaki sangat suka kalau aweknya caring pasal dia. Pendek kata, apa yg perempuan expect drpd seorang lelaki, seperti itu jugalah expectation seorang lelaki terhadap perempuan.

3. Kejelitaan/kecantikan. Ada juga lelaki yg jadi tak setia sbb tetiba tgk awek dia mcm hantu jerangkung atau dah tak lawa. Perempuan mmg kena mencantikkan diri utk kekalkan kejelitaan yg sedia ada. Memang akan ada lelaki yg sentiasa memandang rupa dan nak awek dia cantik je sentiasa. Mmg dah sah lelaki tu jenis pandang rupa. Mmg ada lelaki yg boleh tawar hati kalau awek dah tak cantik mcm dulu. Habis tu camne nak tempuh alam perkahwinan? Dan of course, akan sentiasa ada lelaki yg sanggup menerima baik buruk kita dari segi rupa. Itu mmg tidak dinafikan lagi.

4. Perwatakan/Attitude. Perangai awek dia yg memualkan atau tak disenangi oleh boyfriend ataupun tiada toleransi atau give and take sesama pasangan. Sememangnya kita harus menerima kelemahan sesama pasangan tetapi setiap pasangan tu seharusnya sentiasa mengubah tabiat atau perangai buruknya demi kebaikan bersama. Kita ni bukan manusia perfect tetapi kita harus sentiasa mengubah diri kita untuk menjadi yg terbaik.

5. Ada orang ketiga. Mcm saya cakap tadi, ada lelaki yg tak pernah puas dgn apa yg dia ada. Kalau layanan awek dia tak berapa best tak seperti yg diharapkan, pastu attitude awek dia yg dia tak suka, tetiba ada perempuan lain hadir yg lebih baik drpd aweknya, of course lelaki tu akan terasa something terhadap perempuan baru tu. Sudah jadi lumrah manusia, sentiasa mahukan yg terbaik untuk dirinya. Tapi kalau dah commit tu, be responsible la kan.

Bagi saya, kedua-dua pasangan harus saling berusaha dalam mengekalkan suatu perhubungan. Tak boleh nak salahkan lelaki je dan tak boleh juga salahkan perempuan. Harus ada toleransi, give and take. Apa yg perempuan harapkan drpd seorang lelaki, seperti itu jugalah harapan seorang lelaki terhadap perempuan. Kita harus sentiasa berfikir dan cuba meletakkan diri di dalam situasi pasangan kita itu. Sakit tak aku kalau aku buat camni, terasa tak aku kalau aku buat mcm ni, marah tak aku kalau aku buat camni. Pendek kata, harus menyelami perasaan orang yg sayang kita.

Sebab tu saya pernah tulis, how to sustain a relationship is the most important. Rasa cinta pada awal perhubungan itu tiada apa sangat berbanding dengan rasa cinta sehingga nafas terakhir kita. Memang bukan senang nak mengekalkan hubungan tetapi kenalah berusaha. Jangan lak sorang diam, yg lagi sorang pun diam. Macam mana nak kekal kan? Be responsible of what you’ve already commit. Sememangnya kalau salah seorang pasangan terbuat atau sengaja buat silap, akan berlaku kemusykilan, syak wasangka dan mcm2 lagi yg akan membawa ke arah ketidaksetiaan dlm perhubungan lalu hancur di tengah jalan. Sentiasa harus berfikir sebelum bercakap dan bertindak.

Saya setia ke tak? Saya tak boleh nak cakap saya ni setia atau tak. Cuma saya kalau suka & sayang seseorang, saya hanya akan fokus pada dia seorang sahaja. Saya takde nak gi dating dgn org lain. Kalau saya dapat, cuma dia sahaja di hati saya dan saya akan sentiasa berusaha untuk mengekalkan perhubungan itu sebaik mungkin. Sememangnya sebagai seorang lelaki, orang kata lelaki boleh buka hati untuk perempuan2 lain but that’s not me. Saya bukan jenis lelaki yg nak kenal ramai perempuan pastu nak fokus kat setiap seorang yg saya nak kenal. Bagi saya, itu menipu diri sendiri dan menipu orang lain serta mempermainkan orang lain. Saya sangat tidak suka mempunyai sifat seperti itu. In the end, hanya menyusahkan orang lain.

Ada gak kawan2 saya yg cakap saya ni baik sangat, tetapi saya takleh nak menipu diri sendiri, saya adalah diri saya dan kesetiaan adalah sangat penting untuk saya sebab saya tau kesilapan paling besar adalah menipu. Bila dah tipu, kita akan merekacipta cerita. Dan bila dah berpanjangan, kita takleh nak turn back dan bermakna cerita-cerita selanjutnya sudah menjadi satu penipuan. Bila dah menipu, kita betray trust orang yg kita suka or yg suka kat kita. Dan itu semua boleh menjurus ke arah ketidaksetiaan dan kehancuran dalam suatu perhubungan.

Kesimpulannya, setia atau tak setia ni sangat subjektif. Ianya boleh berlaku pada sesiapa sahaja dalam apa jua keadaan. Cuma diri kita ni yg kena control perkara itu. Diri kita ini seadanya yg akan menentukan semua itu dgn izin Allah SWT. Kita harus berani ambil risiko dan berani berusaha walau dalam apa jua keadaan. Selagi kita tak ambil risiko, selagi tu kita takkan tau apa hasilnya. And be realistic. Be confident. Be responsible in anything that we do. And yes, loyal or not loyal, terpulang pada usaha pasangan yg ingin mengekalkan perhubungan itu. ;-)

Jul 25
I’m Yours
posted by: irwandy in Music, Perasaan on 07 25th, 2008 | | 2 Comments »

What is done is done. The most important thing is right here and right now. The future is here. The future is right now. We do not have to complicate things with our history because that can cause complexity. Lets forget the past, create future right now and the future we leave it to fate.

I’m a man of words & actions. What I’ve said, I’ll do it. What I’ve seen, I appreciate it. What I’ve heard, I keep it safely and what I’ve felt, I meant it. There’s no need to complicate, our time is short, this is our fate, I’m Yours.

Jason Mraz – I’m Yours

Well you done done me and you bet I felt it
I tried to be chill but you’re so hot that I melted
I fell right through the cracks
and now I’m trying to get back
Before the cool done run out
I’ll be giving it my bestest
Nothing’s going to stop me but divine intervention
I reckon it’s again my turn to win some or learn some

I won’t hesitate no more, no more
It cannot wait, I’m yours

Well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you’re free
Look into your heart and you’ll find love love love love
Listen to the music of the moment people dance and sing
We’re just one big family
And It’s our God-forsaken right to be loved love loved love loved

So I won’t hesitate no more, no more
It cannot wait I’m sure
There’s no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I’m yours

Scooch closer dear
and i will nibble your ear

I’ve been spending way too long checking my tongue in the mirror
And bending over backwards just to try to see it clearer
My breath fogged up the glass
And so I drew a new face and laughed
I guess what i be saying is there ain’t no better reason
To rid yourself of vanity and just go with the seasons
It’s what we aim to do
Our name is our virtue

I won’t hesitate no more, no more
It cannot wait I’m sure
There’s no need to complicate
Our time is short
this is our fate, I’m yours

Well no no, well open up your mind and see like me
Open up your plans and damn you’re free
Look into your heart and you’ll find the sky is yours
Listen to the music of the moment come and dance with me
A lá one big family (2nd time: A lá happy family; 3rd time: A lá peaceful melody)
It’s your God-forsaken right to be loved love love love

I won’t hesitate no more, no more
It cannot wait, I’m sure
There’s no need to complicate
Our time is short
This is our fate, I’m yours

No please, don’t complicate
Our time is short
This is our fate, I’m yours

No please, don’t hesitate
no more, no more
It cannot wait
The sky is your’s!

Jason Mraz – I’m Yours.mp3

« Previous Entries