Mar 30
Judika – Bukan Rayuan Gombal
posted by: irwandy in Music on 03 30th, 2008 | | No Comments »

Hey guys. When I heard this song, I thought it was a band or a solo artist from Malaysia. But he’s not. He’s from Indonesia. He was the Top 2 of Indonesian Idol 2. He came second after Mike won the Indonesian Idol 2. When I saw his performance in youtube, I’m speechless. This is my fav song and see him singing live during the Asian Ikon. He was awesome!!! Check it out!…


Duhai kekasih pujaan yang selalu di hati
Aku menunggumu
Engkau gadis yang selalu hadir dalam mimpiku
Di setiap tidurku

Dengarkanlah aku cinta
Ingin aku
Selalu menjaga dirimu
Menemani di setiap waktu

Dengarlah sayangku
Tiada yang lain saat ini
Engkaulah yang ada di hati

Duhai kekasihku hanyalah dirimu yang kumau
Tiada yang lain di hati
Selamanya hanya dirimu

Dengarlah puisi yang akan aku berikan
Ungkapan hatiku
Tiada yang lain yang bisa keberikan
Hanyalah cintaku

Aku ingin menemani harimu
Yang mencoba mengisi rasa kesepian di hatimu
Sampai nanti hanya selalu namamu
Selalu namamu yang ada di lubuk hatiku

*Gombal = Bohong/omong kosong

Mar 28
30 Rahsia Wanita
posted by: irwandy in Perasaan on 03 28th, 2008 | | 3 Comments »

Wanita sukakan lelaki bagaimana? Idaman lelaki yang bagaimana? Mari kita kaji dan selidik rahsia wanita? ini adalah rahsianya :-

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan!.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

*Source Unknown

Bagi aku bukan 30 je rahsia…banyak lagi…tapi yg ni cukup untuk dijadikan panduan. Papehal pun, just be yourself, jgn hipokrit…

Apa kata anda?

Mar 25
Kebetulan?
posted by: irwandy in Cerita on 03 25th, 2008 | | 13 Comments »

Sejak akhir-akhir ni, aku taktau kenapa banyak sangat perkara yg berlaku secara kebetulan. Bermula dgn org ini, kemudian org itu dan kemudian org lain. Kadang-kadang aku selalu tertanya-tanya apakah maksud di sebalik segala kebetulan ini? Adakah ianya membawa ke suatu arah yang aku sendiri pun tak pasti? Hmm. Aku pun taktau.

Bermula dgn mcm2. Salah satunya sms. Aku rajin plak main sms skang nih. Bila aku dah sms, pastu tunggu pihak lagi satu tu reply. Selalunya bila kita tunggu reply, kita just letak handphone kat tepi je kan. Aku pun camtu, tapi aku terdetik nak angkat handphone dan check sms. Bila aku pegang je hp aku, terus appear 1 message received dgn vibration hp tu sekali. Almost everyday camtu. Pelik gak kan. Asal aku pegang je hp, terus dpt sms drpd pihak yg sama. Kebetulan?…Ntah..

Dan yg paling hairan sekali sewaktu pagi tadi. Masa on the way ke office, aku sedang terfikirkan hal-hal kebetulan yg aku ceritakan tadi. Lepas tu aku mula berfikir sesuatu yg aku mcm nak expect to happen lagi 20 minit bila aku sampai office. Aku just bayangkan dan aku kata, “ahh..tak mungkin kot..” Tapi!!!…apa yg aku bayangkan tu betul2 jadi pagi tadi! Apa yg aku expect dan bayangkan tu hanya sedikit je tapi yg terjadi lebih drpd tu!

Ianya bermula bila dari jauh aku ternampak sesuatu dan aku kata, “alamak..tak mungkin! It really happened!”

Hmm. Aku pun rasa weird. Aku panggil benda ni mcm satelit. Seolah-olah pihak yg lagi satu menggunakan satelit yg sama dgn aku. Hahaha. Adakah ini semuanya hanya kebetulan?

Mar 16
Dua Puluh Lapan
posted by: irwandy in MISC on 03 16th, 2008 | | 13 Comments »

 

Oh well, I’m another year older today. Hope to succeed in anything that I do and to get a better and a great year ahead. Ameen.

Mar 14
Makin Tua
posted by: irwandy in Perasaan on 03 14th, 2008 | | 6 Comments »

Tinggal lagi 2 hari untuk menambah satu lagi tahun ketuaan umur aku. Ya. Aku berumur 28 tahun lagi 2 hari. Apa yg aku rasa? Biasa saja. Diiringi dengan keadaan kerja aku yang semakin galak menyerang dari setiap penjuru masa yang kosong. Bagi aku, tiada apa yg istimewanya kali ini. Cuma ada la sesuatu yg tidak dapat aku ceritakan di sini. Bukan cerita yg tak best pun.

Hari ni merupakan detik bersejarah utk geng2 sekolah aku yg 9 org tu. Kami digelar “Clique2k”. 9 of us semuanya masih bujang. Dan hari ini, one of us akan bernikah, nama dia Mohd Dex. He will be the first yg kahwin dalam geng kami. InsyaAllah, kami semua akan mengiringi beliau malam ini. Dan bulan April ini pula, seorang lagi geng kami pula akan mendirikan rumahtangga. Namanya Zaffur dan walaupun kami ni semuanya sebaya, tetapi dia yg paling muda mengikut bulan. The next one would be Badri kot. Dengar kata bulan Jun ni. And the rest, aku rasa masing2 tgh confuse lagi kot. Hahaha.

Oh ya, sekarang ni aku suka melayan lagu ini bertajuk Aku Dan Dirimu, nyanyian Ari Lasso & Bunga Cinta Lestari.

“tiba saatnya kita saling bicara
tentang perasaan yang kian menyiksa
tentang rindu yang menggebu
tentang cinta yang tak terungkap

sudah terlalu lama kita berdiam
tenggelam dalam gelisah yang tak teredam
memenuhi mimpi-mimpimu malam kita

duhai cintaku, sayangku, lepaskanlah
perasaanmu, rindumu, seluruh cintamu
dan kini hanya ada aku dan dirimu
sesaat di keabadian

jika sang waktu kita hentikan
dan segala mimpi-mimpi jadi kenyataan
meleburkan semua batas
antara kau dan aku, kita”

Aku sangat suka akan liriknya yg puitis dan penuh makna yg mendalam. Mungkin ada kaitan dengan aku dan mungkin tidak. Hahaha. It’s for me to know and for you to find out lah.

Akhir kata, apabila kita lakukan sesuatu kita harus ikhlas. Kerana keikhlasan itu bisa membuat kita berasa tenang walau apapun yg terjadi. Maksudnya, lakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan. Jangan terlalu berharap, kelak nanti tersungkur sehingga tiada apa yg tinggal.

« Previous Entries