Jun 30
Shopaholic in Jakarta
posted by: irwandy in Travel on 06 30th, 2008 | | 12 Comments »

Okay, I’m back from Jakarta. Remember my previous entry about the sms? Yeah, same thing happened. Hahaha. Aku dah kat Jakarta baru nak ajak..cit!…

Kali ni kat Jakarta, I was like a real shopaholic person. Mengalahkan perempuan. Frankly speaking I don’t know what happened to me but I loved it! Tengok itu ini mesti beli. So I bought 9 shirts/t-shirts for me. On the 1st day pun, I was at GAP boutique, bought 4 collart-shirts for RM259. Around RM60++ per piece. Murah kan?

Dan gambar di atas tu, aku beli tudung 20 helai. Kalau aku jual bagus gak nih. Untung berlipat ganda sbb harganya sgt2 murah dan cantik2 plak tu. Entah sape aku nak bagi aku pun taktau. Hahaha. Jangan korang suruh aku pakai sudah!

Dan masa on the way back to KL, flight yg aku naik tu kena “air pocket”, which means the plane lost its altitude all of a sudden. Macam roller coaster gitu. Semua menjerit pastu semua gelak. Huahuahuahua.

Ok, itu je kot yg aku nak cerita. Nak tgk gambar2 lain sila masuk www.flickr.com/irwandy

Jun 26
Whack!
posted by: irwandy in Travel on 06 26th, 2008 | | 1 Comment »

Okay guys. Here it goes. Since a lot of my friends and my fellow bloggers asked me why I travelled a lot these few months…“Ko ni berjalan je ek?” …”Masyuk eh ko skang..”…”Ko tak reti dok diam ke?”…”Ko ni pehal jalan sorang2?”…”Oii…jom lepak..laa..gi travel lagi?..” … dan sebagainya…

In fact, whenever I was in Jakarta/Kuching/Singapore/Cherating last month, I received so many sms that stated like this :-

“Lepak kat Restoran Idaman, Kota Damansara malam ni jom..”“Dinner with us tonight as for our friend’s birthday celebration..”“Jom TT malam ni kat Restoran Kg Pandan, Jalan Yap Kwan Seng..”“Nak lepak malam ni?..”“Jom gi Genting esok wehh..”“Ko kat mane? Aku nak pass barang kat rumah ko ni..aku dah kat depan rumah ko..”“Hi ND, jom kuar esok..i’m bored la..”“Esok ko ada gi mana2 tak?..”

Hahaha. Bila aku outstation, time tu baru la nak ajak gi sana sini. So I just replied their sms, “Aku kat Jakarta/Kuching/Singapore/Cherating la!” … Bila weekend yg aku tgh free, takde pulak sms masuk ajak gi memana. Hahaha. I’m sorry guys. Banyak dah aktiviti yg aku tak join korang. InsyaAllah from middle of July aku dah slow down travelling. Hehehe.

Dan sebelum korang ajak aku lagi utk weekend ni, aku nak bagi pengumuman dulu. I’ll be in Jakarta again from tomorrow evening until Sunday evening! Jangan korang buat aktiviti yg best2 sudah. Nanti ketinggalan plak aku. What’s so special about Jakarta? Hahaha. Saje2 je. Guwe mau jalan2. Lagipun ada The Jakarta Great Sale 2008. Mau shopping sakan daa…

So, cya next week!

Jun 24
Kenapa?
posted by: irwandy in Perasaan on 06 24th, 2008 | | 4 Comments »

Ini adalah entry lama yg dah 2 tahun usianya. Sengaja aku re-post semula sebab ramai sangat yg bertanya dan pelik kenapa aku masih single. Hahaha. Walaupun dah takde kaitan sangat but still aku suka pulak dengan apa yg aku tulis bawah ni. Well, here it goes. (Cerita lama dah niii..)

Aku pernah in love dgn somebody. Walaupun kadang-kadang responnya agak rapuh, namun lama kelamaan menjadi teguh. Tapi teguh untuk sementara sahaja. Aku tidak tahu apa yang silap, tetapi aku dah memberikan hampir segalanya. Ya, wanita ingin dimengerti. Aku sudah berikan semua itu. Adakah masih tidak cukup lagi?

Hampir setiap hari aku ber’sms’ dan call dia. Setiap hari berbual di YM. Kalau kalian berkata tentang effort untuk mendapatkan seorang perempuan, barangkali aku sudah melebihi pencapaian yang sedang kalian fikirkan. Cuba kalian bayangkan, jikalau effort seorang lelaki menyentuh perkara antara hidup dan mati, membuat dirinya yg asalnya drpd sampah kemudian membimbingnya menjadi sebuah permata dan sebagainya. Adakah itu tidak mencukupi?

If it’s about caring, setiap hari aku mengambilnya pulang dari kerja. Setiap hari aku dapat melihat senyuman manisnya dan juga kesedihannya sekiranya ada perkara yang meresahkannya. Setiap hari juga aku mendengar segala apa yang hendak dikatakannya dgn hati yg terbuka. Setiap hari aku memberi pendapat dan solution untuk kebaikan dirinya. Hampir setiap hari aku menemaninya and everytime she needed me, I was there. Sehinggakan segala perkara yg berlaku, dia akan mencari aku dahulu.

If it’s about respect, I respected every decision she have made. And even I respected her as a woman. I didn’t touched her, I didn’t do anything to her. Sebaliknya dia yang tiba-tiba memulakan semua itu dgn menggenggam tangan aku sambil memandang tajam ke mata aku seolah-olah dia bersyukur kerana aku hadir dalam hidupnya dan membawa seribu makna kebahagiaan untuk hidupnya pada masa akan datang.

About reassurance, yes, I did that almost everyday. Whenever she wanted to know where she stands, I said directly, “You’re on top of everything excluding my mother and family of course”
And I said to her, “The reason I love you is not something that you can see everyday in the mirror. And it is something that we need to treasure with sincerity…”

About other things such as understanding a woman, to validate them, to be there when she needed me, tolerance, responsibility… tak payah aku cerita kerana aku rasa kalian boleh fikir-fikir sendiri setelah membaca segalanya di atas. Frankly speaking, I have done what I could as a man.

Then, she just simply walked out of my life. After a while, then only I know dia buat semua tu untuk meminta simpati and sengaja to make me love her supaya dia boleh keluar daripada nerakanya and get back to her normal life. Pendek kata, dia menggunakan aku. Well, perkara2 tu semua buat aku menjadi lebih matang dan sedar. Apabila itu semua sudah berlaku, aku merasakan bahawa segala effort aku hanya menjadi sia-sia belaka namun begitu, aku bersyukur kerana tidak bersama lagi dengan perempuan seperti dia… :)

Semalam aku melepak dgn bestfriend aku, Herma. She told me about what I have inside me. When I asked about what a woman actually want and their expectations from a guy, she said, “You know what ND, dah byk kali saya ckp…frankly speaking, what every women expect from a guy, it’s all ada dalam diri awak. All of it. So don’t worry, just be yourself. Show your real effort. It’s the real you that makes everybody love you so much including myself. That’s why we’ve been friends for a such long time. So, just carry on in whatever you’re going to do…”
I was like, “huhh??..dia ni melawak lagi ke ni..”

Dan kata-kata itu masih terngiang-ngiang di kepala aku ini. Aku terkejut juga la dia sampai cakap mcm tu padahal aku ni langsung tak sedar yang diri aku macam tu. Tapi sememangnya seorang sahabat yg rapat yg byk tau tentang diri kita. Mereka yg mengukur tahap keperibadian diri kita, bukan kita yg mengukur diri sendiri. Entah le…

Aku bukan bercerita semua ini untuk menunjuk pada kalian yang aku ni bagus ke tak. Dan yg pasti bukannya aku rindu dia..gile hape..Sebaliknya aku ingin kalian semua tahu mengapa aku serik, mengapa hati aku keras setelah melakukan segala yang terbaik untuk perempuan. Malah, sehingga sekarang aku cukup berhati-hati untuk tidak terlalu menunjukkan effort aku yang sebenar untuk seorang perempuan. Kadang-kadang, aku sengaja tidak keluarkan attitude yg sebenar kerana tidak mahu disakiti lagi. Jadi, aku simpan segala effort itu untuk seseorang yang terpilih and who’s worth it.

Lately, aku byk memikirkan yg siapalah aku ini untuk approach seseorang kerana tiada apa yg istimewanya tentang diri aku yg serba kekurangan dan masih khilaf tentang kehidupan ini. Aku hanya manusia biasa yg pernah berasa kecewa dgn amat teruk sehingga menjejaskan kehidupan aku untuk sementara suatu ketika dulu. Bukan tahap confident aku makin rendah dan bukannya aku lemah, cuma aku belajar untuk tidak terlalu berharap pada sesuatu yg tidak pasti. Belajar untuk bersederhana and be fair with everybody.

Sejauh mata memandang dan sealpa minda sedang memikirkan tentang kehidupan, apa yang aku tersedar tentang suatu perhubungan bukan hanya terletak pada rasa cinta serta kasih sayang dan rasa hormat itu sendiri, tetapi hati yang penuh keikhlasan. Tanpa keikhlasan, apa makna rasa sayang dan hormat itu sekiranya keikhlasan itu bukan hadir dari ketulusan hati kecil seorang insan. Dan daripada sebuah keikhlasan pula, rasa tanggungjawab akan sendiri hadir.

Sometimes it is hard to be ourselves as some people can simply use our kindness for their own purposes. But we must be smart enough to sort it out which one is bad and which one is good. And always be good to people although they’re not being good to us. InsyaAllah, banyak hikmah yang menanti suatu hari nanti.

Dan aku?…Hanya berdoa dan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk kehidupan mereka yang aku sayang dan juga diri aku sendiri semoga kehidupan ini diberkati Allah SWT. Amin…

Begitulah ceritanya. Walau apapun aku tetap bersyukur perkara2 itu sudah berakhir dan disebabkan semua itulah aku berada di tempat sekarang ini. Tak kira apa yg akan terjadi selepas ini, aku tetap menjadi diri aku seadanya. Hati aku ni keras. Kadang-kadang lembut tapi lambat laun jadi keras balik. Ada juga aku menjumpai seseorang, tapi kadang-kadang ada juga aku terasa that she’s not worth for me. Sebab apa? Lu pikirlah sendiriii…hahaha..

Jun 17
Cara Komunikasi Zaman Sekolah
posted by: irwandy in Cerita on 06 17th, 2008 | | 13 Comments »

Sebelum era handphone & era internet bermula secara menyeluruh di negara kita, ingat tak macam mana cara kita berkomunikasi masa kita zaman sekolah terutamanya sepanjang tahun 1990 – 1997?

Bertukar Biodata
Dulu2, kalau kita nak berkenalan dengan lelaki/perempuan, mesti kita bertukar biodata. Kita buat cantik2. Kalau lelaki tu nak hantar kat seorang perempuan yg dia minat dan perempuan tu pun hantar kat lelaki yg dia minat. Saje bertukar-tukar biodata. Siap ada hiasan. Sanggup beli color paper. Daripada tulisan yg mmg tak cantik, tapi masa buat biodata tu, tulis baik2 dan cantik2. Semua sanggup! Semata-mata untuk mengetahui lebih lanjut tentang orang yg kita minat. Dah itu je cara nak tau lebih lanjut. Mana ada friendster, myspace, facebook or whatsoever masa zaman ni?…

Cara Telefon
Dulu mana ada handphone, zaman skolah dulu mana ada pakai handphone lagi. Semua pakai phone rumah je. Jadi, mereka yg dah bercintan-cintun nih, dah ada bf/gf, mesti ada cara utk telefon rumah. Sebab takut mak/ayah angkat. So, siap ada code, kalau berdering dua kali, maknanya lagi seminit dua bf/gf tu akan call. Maknanya si bf/gf ni kena la dok kat tepi telefon nak tunggu supaya mak/ayah tak angkat. Hahahahahah…Ingat tak? :p

Surat

Pernah tak dpt surat drpd SA? Atau lebih dikenali sebagai Secret Admirer? Ajak gi blind date kat kawasan sekolah. Muahahahahah.

Ingat tak phrase ni :-

“Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas”
“Pen merah pen biru, you marah I love you”

Dulu, nak keluar masa weekend pun susah. Kalau lepas sekolah tu, terus balik rumah! Kalau mereka2 yg nak gi dating, sanggup tipu parents kata ada kelas tambahan la, ada tuition la. Hahahahah. Tapi mmg dulu susah nak jumpa couple berjalan-jalan mcm kita jumpa setiap hari skang ni.

Aku rasa itu je la yg aku ingat, korang camna plak? Ingat tak?…

### – Telecommunication evolves people’s lifestyle.

Jun 16
Kungfu Panda~!
posted by: irwandy in Movies on 06 16th, 2008 | | 2 Comments »

Hari Jumaat lepas kawan2 aku beli tiket movie Kungfu Panda ni. Dengar review mcm best. So, aku pun gi la tgk kat Cineleisure Damansara. Duduk plak 3rd row from the screen. Damn! Sepanjang masa movie ni buat aku gelak tak henti-henti. Boleh dikatakan yang ianya adalah salah satu cartoon movie yg aku paling suka. Sangat best ok. Wajib ditonton! Korang gi la tgk! Syiok wei!

Kalau korang nak bayangkan aku berkungfu camne, haaa…korang tgk la Kungfu Panda ni. Hahahahha~!

« Previous Entries