Aug 27
Mengapa Suami Tidak Berbual-bual Dengan Isterinya
posted by: irwandy in Cerita on 08 27th, 2008 | | 22 Comments »

Betul ke…apa pendapat korang?.. Jom berdebat!!!

“Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya”, satu keluhan biasa. Yang tak biasanya, “mengapa ISTERI saya tidak berbual-bual dengan saya”….

Ini hakikat, orang lelaki tidak merasakan sesuatu yang sangat perlu untuk berbual-bual dengan isteri mereka berbanding orang perempuan terhadap suami mereka.

Seorang isteri berkata, “Kenapa suami saya tidak macam dulu, suka bercakap-cakap, ‘loving’, ‘caring’…. bila dah kahwin, dia berubah, tak banyak cakap. Saya bercakap pun dia tak berapa nak dengar…tapi dia banyak ‘ modal’ bila bersama kawan-kawannya” .

Mengapa begitu?…Sebab. ..suaminya seorang lelaki!. Orang lelaki pandai berbual-bual dan rajin mendengar di masa bujangnya (masa bercinta) atau di masa awal perkahwinan (ini kes yang tidak berpeluang untuk berkenalan apatah lagi bercinta!) kerana banyak sebab.

Tujuan utama mereka ialah untuk mendapatkan ‘good impression’. Mereka nak yakinkan bahawa mereka budak baik, berakal, hebat, seronok didamping dan boleh diharap. Mereka berusaha untuk mengenali dan memenangi hati pasangan mereka. Mereka harus tahu bagaimana perasaan, kecenderungan, kesukaan dan
apa yang tidak disukai oleh pasangan mereka supaya dapat membuktikan cinta dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Untuk itu, jadilah mereka pemuda peramah yang berkemahiran mendengar.

Mengapa lelaki berubah setelah berkahwin?.. ..Sebab.. .mereka rasa “the’job’ is done!”

Mengapa suami tidak berbual-bual dengan isteri sebagaimana mereka boleh berbual-bual dengan orang lain?…

Ada 2 sebab;

* suami itu lelaki
* isteri itu perempuan

SUAMI ITU LELAKI

* Nilaian lelaki lebih kepada kuasa, kepakaran,keberkesa nan dan pencapaian.
* Mereka beri tumpuan kepada benda/objek dan barang demi untuk mencapai kejayaan dan matlamat yang ingin dicapai. Mereka baca suratkhabar dan jurnal. Mereka dengar berita, sukan dan pasaran saham. Mereka bercakap tentang kereta, komputer, teknologi, matawang, pasaran saham,perniagaan, pemimpin, perang, politik dan perkembangan dunia.

ISTERI ITU PEREMPUAN

* Tumpuan perempuan berkisar pada manusia dan perasaan. Mereka menghargai cinta, pertalian, perhubungan dan keindahan. Mereka baca novel dan buku-buku psiikologi. Mereka suka menonton filem romantik dan menatap majalah hiburan. Mereka bercakap tentang diri, keluarga, perasaan,perhiasan, fesyen dan kecantikan.

Mengapa isteri mahu suami berbual-bual dengannya sebagaimana suaminya boleh berbual-bual satu ketika dulu?..Sebab. ..isteri itu seorang perempuan!

Orang perempuan suka bercakap dan bercakap-cakap perlu bagi mereka. Mereka seronok bila ada orang melayan percakapan mereka. Bila tertekan,bercakap- cakap boleh melegakan mereka. Mencurahkan masalah pada orang lain dapat menghilangkan kerungsingan. Sebab itu tidak hairanlah orang perempuan boleh ‘bersembang’ atau ‘bergayut’ pada telefon berjam-jam lamanya.

Orang perempuan mahukan ‘good listener’ bukan ‘problem solver’. Mereka mahu bersama seseorang, yang pada pendapat mereka sangat mengambil berat ‘tentang’ dan ‘untuk’ diri mereka. Fokus mereka lebih kepada
kejadian-kejadian sehariannya, orang-orang yang mereka temui dan yang penting -’apa perasaan mereka terhadap orng-orang yang mereka temui itu’.

Mereka nakkan ‘verbal attention’ yang boleh membuatkan mereka rasa di kasihi. Bagi mereka, selagi ‘penumpuan’ dan ‘perhubungan’ ini dijalin, selagi itulah ikatan dan kasih sayang dapat di jamin. Perkahwinan
sebenarnya menyatutemukan hakikat seorang lelaki dengan hakikat seorang perempuan. Perbezaan sikap, minat dan kecenderungan tidak boleh menjadi alasan untuk tidak berkomukasi dengan baik antara suami dan isteri.

Perhubungan yang baik menjamin kebahagiaan dan tercapainya matlamat perkahwinan tersebut. Bila komunikasi antara suami dan isteri tidak berkesan, ‘perbualan sihat’ tidak wujud.

BAYANGKAN bila…

* suami isteri tidak berbual-bual
* suami atau isteri tidak ‘respond’ dengan baik bila salah seorang berkata-kata * suami gagal menjadi pendengar yang baik * suami tidak memberi peluang kepada isteri untuk mengadu * suami isteri membiarkan halangan-halangan perbualan berada di antara mereka * suami ‘diam’ di rumah tapi ‘bising’ di luar ada faktor penghalang kepada perbualan yang sihat.

maka BERKEMUNGKINAN. ..

* ‘tabung cinta’ suami isteri akan ‘bocor’
* isteri takut pada suami (takut yang tidak kena pada tempatnya)
* isteri mengadu pada orang lain dalam hal peribadi dan rumahtangganya-mencurah perasaan pada sesiapa yang sudi mendengar
*isteri bosan, kesunyian dan tertekan anak-anak jadi mangsa
* isteri tidak tahu apa yang suaminya ‘is up to’ dan suami tidak tahu apa yang isterinya ‘is trying to do’
* berlaku kemungkinan- kemungkinan yang memberikan kesan buruk pada perhubungan suami isteri dan rumahtangga.

1. Perbualan antara suami dan isteri dapat mengekalkan ikatan perkahwinan.

2. Perbualan dapat memindahkan maklumat tentang apa yang mereka inginkan, bagaimanakah perasan dan apa yang difikirkan oleh pasangan masing-masing.
‘ Binalah jambatan menuju hidup mulia, rumahtangga bahagia’

***source unknown from e-mail.

Aug 22
Treasure Hunt
posted by: irwandy in Events, Happenings, Travel on 08 22nd, 2008 | | 2 Comments »

Officemate aku, Saad, ajak join Celcom Media Treasure Hunt from KL – Penang this weekend dgn kawan2 dia. Aku pun tanpa fikir panjang, boleh gak. Dah lama gak tak gi Penang dan dah lama tak join treasure hunt ni. Sure best. Kitorang empat orang satu team. Lagi dua tu aku tak kenal tapi belasah je. Esok kena ada kat Menara Celcom, Jalan Semarak tu kul 6am! Flag off at 7am. Pheeewww! Sampai kat Penang nanti maybe akan dok kat Paradise Sandy Beach Resort Penang or Copthorne Orchird Hotel Penang. So, wish us luck guys!

Next weekend, bestfriend aku sejak tingkatan 3, Herma Malinie, nak kahwin dah. Majlis Akad Nikah dia kat Melaka kul 10am hari Sabtu, 30/8/2008. So, I’ll be there by Friday night lepas keje. Lepas habis majlis akad nikah tu, aku terus shoot ke Cherating pulak utk join Konvoi Merdeka FMDC. Pastu bergathering kat sana ramai2, mandi laut ramai2, BBQ ramai2..hehe. Hari Ahad baru balik KL. Isnin tu dah puasa. Nasib baik cuti.

Oh ya, last week aku gi Konsert Pesta Malam Indonesia 2 kat Bukit Kiara Ekuestrian Park. Gambar-gambar dah ada tapi tak full lagi, sila tgk di sini –> http://www.flickr.com/irwandy

So, have a great weekend everybody!

Aug 20
Happy 20082008
posted by: irwandy in Announcement on 08 20th, 2008 | | No Comments »

Today is a special day. Happy 20/08/2008 or 20082008 everybody!

Aug 13
Festival Filem Malaysia 21
posted by: irwandy in Concerts, Events, Happenings on 08 13th, 2008 | | 2 Comments »

Sabtu malam lepas aku dapat invitation utk amik gambar for FFM21 nih. Pehhh..ramai gile artis datang. Mmg gempak. Tapi satu je aku tak suka bila gi event2 mcm ni, ada “artis2 wannabe” …poyo2 je..mmg menyampah aku tgk. FFM21 kali ni agak hambar sket. Banyak kesilapan aku tgk. Mamat yg jaga spotlight pun aku rasa baru belajar kot. Taktau mana nak spotlight kan moments. Aku sebagai photographer, sangat tension dengan lighting conditions.

Papehal pun, tgk je la gambar2 bawah ni…

And the only picture of me with a celebrity, Yazer AF3. Performance dia mantap malam tu.

More pics at http://www.flickr.com/irwandy

Sabtu ni amik gambar utk Konsert Pesta Malam Indonesia 2 pulak!

Aug 6
Tag
posted by: irwandy in Itu-Ini on 08 6th, 2008 | | 4 Comments »

What is the most important thing in your life?
My Family

What is the last thing that you bought with your own money?
Nasi Goreng

Where do you wish to get married?
Anywhere will do as long as my future wife & I are happy.

How old do you think you will be permanently owned by your love?
Until the end of time…

Are you in love?
Yes

Where was the last restaurant you had dinner?
Seksyen 15, Shah Alam

What is your full name?
Irwandy Mazwir

Do you prefer your mother or father?
Both

Name a person that you really wish to meet in real life for the first time.
Warren Buffet

Christina or Britney?
Christina

Do you do your own laundry?
Sometimes yes, sometimes nope

The most exciting place you want to go?
New Zealand

Hugs or kisses?
Both..boleh?

8 things I am passionate about:
1. Photography
2. Foods
3. Cooking
4. Blogging
5. Shopping
6. Travelling
7. Making money
8. Talking!

8 things I say too often:
1. Ohhhh
2. Iye la tu
3. Jap eh
4. Nape?
5. Entah
6. OK
7. Hello
8. Hoi!

8 books I’ve read recently:
1. Ayat-Ayat Cinta
2. Men Are From Mars, Women Are From Venus
3. Cook book
4 – 8. Tarak!

8 songs I could listen to over and over again:
1. Innuendo – Belaian Jiwa
2. Anuar Zain – Lelaki Ini
3. Jason Mraz – I’m Yours
4. D’Massive – Cinta Ini Membunuhku
5. Seventeen – Selalu Mengalah
6. Seventeen – Untuk Mencintaimu
7. Andra & The Backbone – Sempurna
8. Faizal Tahir – Sampai Syurga

8 things I learned last year:
1. Time management
2. Don’t trust somebody if it’s uncertain
3. Keikhlasan
4. How to make friends
5. Anger Management
6. Appreciate people
7. Emotion Control
8. Perempuan = E=MC2 = Complicated

7 people to tag:
Saad
Anne
Masy
Shaira

cukup le tu…hehe

« Previous Entries