Dah lama pulak rasanya aku tak update blog ni. Mungkin bz dgn macam2 aktiviti yg ada. Puasa pun dah mula. So, nothing much untuk bercerita. Cuma weekend sebelum puasa hari tu aku gi Melaka pada hari Jumaat malam. Pagi Sabtu start amik gambar akad nikah bestfriend aku. Gerak from Melaka kul 2pm. Sampai rumah kat KL kul 3.30pm, gerak ke Cherating kul 4pm. Sampai Cherating kul 6.30pm. Hari Ahad gi Kerteh. Pastu balik KL dgn rasa kepenatan yg tak hingat. For the first time in my life, aku drive dlm keadaan yg sgt mengantuk dan boleh tertidur anytime. Nasib baik R&R takjauh. Aku ckp kat kawan2 aku yg tumpang aku nak tido for 15 minutes. Dah dpt tido, fuhh..segar gile.
Hari pertama puasa, aku gi beli 2 pasang kain baju Melayu. Turqoise & lime green color. Yeah, aku dah mula nak memakai bright colors sbb ada kawan aku yg suggest mcm tu. Hahaha. Aku belasah je. Sama ada nampak ok ke tak, tunggu je la bila dah siap nanti. Now, nak kena survey sampin pulak.
Sepanjang minggu lepas, aku berbuka puasa di rumah hanya sekali sahaja iaitu pada hari pertama puasa. Selasa – Jumaat. Aku berbuka di luar. Mana taknye, jem gile tak hingat nak balik KL. Hari Jumaat aku dapat surat drpd boss. Fuhhh, Alhamdulillah. Ada berita gembira yg langsung aku tak expect. Rezeki bulan puasa.
Tapi pada sebelah malamnya, ntah malaun mana yg letak besi kat tgh highway, aku terlanggar dan besi tu melantun kat bawah kereta aku. Aku ingat takde pape, bila sampai rumah je bau minyak petrol kuat gile. Rupanya petrol tank aku bocor! Minyak petrol tumpah dgn mendadak. FYI, kereta aku ni mmg petrol tank telah direkacipta utk letak di bawah seat kereta. It’s a Honda City. Sbb tu space kereta ni besar. Aku pun hantar ke Honda malam tu gak utk diorang check pada keesokan harinya. Surprisingly, petrol tank tu bukannya besi! Tapi bahan campuran yg lebih keras sket drpd PVC. No wonder kena besi bleh bocor! Nak kena ganti petrol tank tu for RM1,200. Damn! Dugaan..dugaan…
I think I had a disastrous weekend. Satu demi satu jadi. But yesterday I changed something. After a month of hesitating, at last dapat tukar! Yeah! The old one mcm tak elok utk disimpan sbb mcm2 jadi. So now it’s fresh and new!
Semalam buka puasa kat Planet Hollywood for RM35 buffet buka puasa. The food was ok. Sama je mcm tahun lepas. Kambingnya sedap. Mbbbeeekkkk. Tapi bulan puasa kali ni, aku tak byk sgt makan. Sahur pun tak lalu. Nak buka kat hotel pun nanti rasa rugi je. Now aku prefer makan biasa2 je. Bawah ni gambar buka puasa smlm.

### – All this time, I never pretend to be someone else. It was the real me until now…