Mar 17
Sesekali Nak Update
posted by: irwandy in Cerita, Happenings, Itu-Ini on 03 17th, 2009 | | 3 Comments »

Dah lama pulak aku tak update blog ni. Hmmm. Aku pun taktau nak cerita apa sebenarnya walaupun banyak perkara yg boleh aku ceritakan. Cuma masa tidak mengizinkan dan juga ilham untuk menulis tu takde. Kadang-kadang ilham tu datang masa tgh drive la, tgh meeting la..tapi bila depan komputer, hilang semua tu. Takpelah, biar aku cerita apa yg aku ingat.

Semalam birthday aku. Aku sgt bersyukur kerana ramai rakan-rakan aku yg wish semalam. Mereka yg wish melalui Facebook berjumlah 130 orang, bermakna ada 130 wishes. Belum campur mereka yg sms dan call aku. So, semalam aku cuba untuk reply setiap wishes mereka dgn mengucapkan terima kasih. Dan Alhamdulillah, semuanya aku dapat reply. Tu yg rasa kejap je hari semalam. After lunch semalam, tetiba ada delivery hadiah yg dihantar ke office aku. Sebuah Choc Fudge cake drpd Secret Recipe & belon “Old & Grumpy”. Thanks to Yazmin. I really appreciate it! Aku pun share cake tu dgn officemates. Aku taknak ada nyanyi2 lagu birthday tapi boss aku gi panggil semua org suruh nyanyi. Adus! Malu!

After office hour on the same day, ada pulak kenduri baca Yaasin & doa selamat dan ceramah Maulidur Rasul kat lounge office aku. Diorang jemput semua pekerja UMW yg beragama Islam. Terasa mcm diorang nak sambut birthday aku pulak. Hehehe. Tapi best. Alhamdulillah, sebuah hari jadi yg bermakna tatkala aku mencecah umur 29 tahun pada 16 Mac 2009.  Syukurlah…

Walaupun begitu, aku masih lagi terasa kekurangan. Aku masih lagi belum mencapai target yg aku inginkan. Bukan aku tidak puas hati, aku redha dengan apa yg berlaku, cuma aku akan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat yg ingin dicapai. Mungkin kalian melihat aku ni macam happy go lucky, nampak senang, gi travel sana sini dan mcm2 lagi, tapi sebenarnya dlm kepala ni terlalu banyak yg aku fikirkan. Cuma aku tidak pernah luahkan sahaja. Kadang-kadang aku berasa pelik, jijik, menyampah dan juga tidak ambil kisah dengan keadaan sekeliling. Entah kenapa pun aku taktau. Biarlah…

Aku pun sebenarnya sejak kebelakangan ni aku sibuk dgn kerja dan juga social life. Banyak juga aktiviti yg aku join. Nak update gambar kat flickr.com pun aku malas. Susah la itu macam. Aku pun dalam keadaan yg mcm aku nak, tapi aku tak sure. Apa yg aku nak pun aku tatau. Dan apa yg aku nak make sure pun aku tak pasti. Susah juga bila camni. Tapi aku belasah je. Apa nak jadi pun jadilah.

Oh ya, last last weekend, aku gi Pulau Pinang. Saje jalan2 dgn kengkawan. Jalan2 cari makan dan cari pasal. Hehehe.

Apa lagi cerita eh? Apa? pasal perempuan? Itu lagi la malas. Hahaha. Lately aku banyak juga jumpa perempuan yg gatal, ego, cakap besar, syok sendiri, perasan lawa, sombong, malas, tak respect org, nak ikut kepala dia je, nak sexy tapi tak cermin diri sendiri dan mcm2 lagi lah. Hahahahah. Jangan fikir bukan2 ye. Tu semua kawan. Tapi best gak layan kadang-kadang bila bosan. Hahaha..just kidding. Saje2 je kutuk. Muahahahahahah… alaa..aku pun tak perfect, but at least aku respect perempuan. Cuma kadang-kadang bila kita ni respect perempuan, si perempuan tu pulak tak respect kita. Nanti bila kita tak respect or tak menghormati perempuan nanti mula la kata “hahh..itu la lelaki..lelaki semua camtu..langsung tak respect wanita”… Tapi dia tak respect kita boleh pulak? Jangan mare ye…hehe..bukan apa..kena la ada give and take…tapi papehal pun, tak kisah la perempuan tu buat camne kat kita pun, asalkan kita buat baik dan respect diorang. Tu je prinsip aku. Lantak la diorang kata semua lelaki sama ke ape ke, yg penting aku bukan lelaki mcm diorang fikirkan.

Tapikan, ada gak perempuan2 yg takut nak berkawan dgn aku. Bukan sbb benda negatif, tapi positif. Pelik betul. Takpe la, aku sedar sape diri aku <— ayat busuk..hahahahahh

Ok, cukup la cerita merapu aku ni. Akhir kata, renung-renungkanlah bait-bait ayat di bawah ni :-

Sinaran suria menerangi bumi
menerangi jalan tiada penghujungnya
namun ada yang simpan di hati
bilakah malam ingin menjelma

Tatkala malam menjelma
maka malaplah jalan yg ditujui
meraba-raba dalam dinihari
meminta sang suria muncul kembali

Aku rasa korang mesti faham maksud ayat2 di atas. Sape yg terasa tu dia paham la tu…hahahaha..

Wassalam…