Pada waktu ini, seluruh rakyat Malaysia telah dimaklumkan dengan kemenangan besar parti Barisan Alternatif (PAS, PKR & DAP) di seluruh negeri di Malaysia terutamanya di negeri Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor & Perak. Mereka berjaya mengekang 2/3 majoriti daripada dimonopoli oleh kerajaan Barisan Nasional. Saya ucapkan syabas kepada seluruh rakyat Malaysia yang mahukan perubahan di tanahair sendiri. Setidak-tidaknya kita tahu masih ada lagi rakyat Malaysia yang mempunyai maruah dan ingin mempertahankan hak sebagai rakyat Malaysia. Kita sebagai rakyat bukannya buta dan bukannya hanya menjadi seperti lembu yang hanya disuruh membuat itu dan ini. Dan kini lihatlah. Seluruh rakyat Malaysia sudah memberikan jawapan mereka.
Berita pertama yang saya terima semalam iaitu Dato’ Seri Samy Vellu kalah di Sungai Siput, sekaligus memberikan kelegaan bukan saya sahaja, malah seluruh penduduk Malaysia! Kemudian berita mengenai Dato’ Seri Shahrizat, ahli parlimen Lembah Pantai juga kalah kepada Nurul Izzah daripada parti PKR. Dan diikuti dengan kekalahan Dato’ Zainuddin Maidin, iaitu Menteri Penerangan Malaysia di tempat sendiri. Bermakna 3 menteri penuh telah kalah dan ini menandakan mereka akan atau terpaksa melepaskan jawatan mereka sebagai menteri.
Walaupun Dato’ Seri Mohd Khir Toyo memenangi kerusi di tempat beliau bertanding, tetapi itu tidak cukup untuk mempertahankan dirinya sebagai Menteri Besar Selangor akibat kemenangan majoriti parti BA di seluruh negeri Selangor. Di Shah Alam, di mana terletaknya kerajaan pusat negeri Selangor, parti PAS telah merampas kerusi daripada BN. Saya bekerja di Shah Alam dan saya akan memberitahu apa perkembangan di Shah Alam setelah PAS memerintah kawasan Shah Alam nanti. Saya amat gembira dengan kemenangan ini.
Dan pada hari ini, saya mendapat tahu mengapa BN ingin sangat merampas Kelantan daripada PAS. Ini adalah kerana di kawasan perairan negeri Kelantan terdapat kawasan simpanan gas asli yang mencapai keluasan sebesar 13 trillion kaki persegi! Sehinggakan ianya boleh menanggung seluruh rakyat Kelantan selama 500 tahun! Untuk maklumat selanjutnya, sila baca di SINI. Begitu kayanya tanah Kelantan dengan bahan galian yang sangat penting pada masa kini. Tidak hairanlah mengapa BN sanggup membuat macam-macam cerita tentang PAS di Kelantan sehingga sanggup mengutuk dan mengadakan cerita-cerita yang tidak baik mengenai kerajaan PAS. Sungguh desperate nya BN.
Di sini saya ingin menyatakan sesuatu yang mungkin menghairankan sesetengah anda semua atau mungkin yang boleh mengagak tentang apa yang berlaku.
Saya sudah lama mendaftar sebagai pengundi. Saya masih menyimpan resit pendaftaran sbg pengundi. Dan saya tertunggu-tunggu untuk menyemak nama saya di laman web SPR. Dan bila SPR mengeluarkan kenyataan rasmi tentang rakyat Malaysia boleh menyemak nama secara online, saya dengan pantas menyemak di laman web SPR dengan memasukkan nombor kad pengenalan saya. Tetapi apa yang saya dapati adalah, “REKOD TIDAK DIJUMPAI”. Saya semak berulang kali dan masih lagi kenyataan sebegitu dipaparkan. Setiap hari saya semak sehinggalah malam sebelum hari mengundi. Masih lagi begitu. Saya pasrah dan kesal kerana tidak dapat mengundi sambil berharap parti BA akan mengekang 2/3 majoriti kerusi dalam kerajaan.
Selepas tamat waktu mengundi pada pukul 5.00 petang semalam, saya mulai rasa tidak sabar untuk mengetahui keputusan PRU 12 ini. Saya mula menonton TV pada jam 8.00 malam. Tiba-tiba saya mendapat SMS daripada nombor + 4540590097 , yang saya pasti ianya hanya computer generated SMS yang berbunyi begini :-
“TERIMA KASIH KERANA MENGUNDI BARISAN NASIONAL. SEMOGA NEGARA KITA SELAMAT, AMAN DAN MAKMUR”
Saya mula berasa pelik. Saya tidak mengundi. Kalau saya mengundi pun, sudah tentu saya tidak akan memangkah BN. Adakah ini yang dikatakan pengundi hantu? Adakah ini yang dikatakan orang lain menggunakan nombor kad pengenalan dan nama saya untuk mengundi? Saya sangat berasa geram dan hanya mampu menggelengkan kepala apabila membaca SMS tersebut.
Walau apapun, BN kalah teruk. Padan muka. Saya sepatutnya mengundi di kawasan Gombak & Hulu Kelang di mana Azmin Ali(PKR) bertanding untuk parlimen dan Saari Sungib (PAS) bertanding untuk DUN. Walaupun saya tidak dapat mengundi, mereka tetap menang dengan bergaya dan tahniah diucapkan kepada mereka berdua. Semoga kawasan ini akan menjadi lebih baik daripada yang sebelumnya.
Jadi, selepas ini kita semua akan melihat perubahan yang ingin dikecapi oleh setiap rakyat Malaysia. Awas kontraktor-kontraktor di Selangor, lubuk pendapatan anda telah dikalahkan. Dahulu anda jilat bontot orang BN dan meludah pada orang BA. Adakah anda pula mahu menjilat kembali ludah yang telah diberikan kepada BA? Oh saya lupa, anda sememangnya suka menjilat bontot tidak kira siapa asalkan orang itu berkuasa. Shame on you.
Legend :-
BA - Barisan Alternatif, BN - Barisan Nasional, PRU 12 - Pilihanraya Umum 12, PKR - Parti Keadilan Rakyat, DAP - Democratic Action Party
March 9th, 2008 at 4:16 pm
Salam,
Saya juga berasa sungguh gembira apabila mengetahui BN kalah teruk, alhamdullilah… Kita sememangnyer tidak perlu orang seperti KJ, si samseng BN mentadbir negara kita… Memeang hancurlah kita kalau di tadbir oleh penyokong mat rempit ni… Cukup lah… masa untuk berubah… Terlampau banyak korupsi disana sini… “Equality to all” … Saya berharap parti BA akan bergabung dan berkerja-sama untuk membina sebuah kerajaan yang baik setelah memenangi beberapa kerusi… Selain itu, bagus lah juga ada lebih parti pembangkang di dewan parlimen… Supaya kita tidak dipijak-pijak oleh mereka…
Tahniah bagi semua rakyat malaysia …
W’salam…
March 9th, 2008 at 4:24 pm
haha..aku pon gembira bile samy vellu tu kalah..yeah!
semoga harapan baru akan bersianr insyaallah..allahuakbar!
March 9th, 2008 at 5:14 pm
takbir!!!
malam sebelum pilihanraya saya ada menghadiri ceramah dato seri anwar di sg ara pulau pinang.saya hadir awal..duduk di kawasan dpn stage..bila anwar tiba..saya dengar suara sorakan yg begitu kuat..bila saya toleh ke kiri dan kanan..lautan manusia…tudia..tidak kurang dari 10,000 org dan terdiri dari pelbagai kaum dan majoriti kaum cina!!!
selepas itu..balik rumah dan baca harakah daily..banyak berita2 terkini yg mengatakan BA akan buat kejutan..dan sekrg terbukti..rakyat sedar dan menolak kerajaan rasuah,kroni dan BODOH..
tahniah untuk kita semua…yahoooooooooo…
ND,blog anda mungkin diintip oleh polis bukit aman..so..cuba2 la cek IP add yg masuk sini..
sekian..takbir!!!…allahhuakbar!!!
p/s:bila nak melawat penang????
March 9th, 2008 at 6:48 pm
Aku tumpang gembira, aku baru lihat blog ko ni. Memang kelas, ni buatkan aku nak buka blog satu juga kekekeke.
March 9th, 2008 at 8:34 pm
Zaim,
Terima kasih kerana melawat blog saya yg tidak seberapa ini.
Sememangnya selepas ini BN tidak boleh memijak kepala dan memperbodohkan rakyat lagi. Saya nak lihat dari sudut yg positif disebalik kekalahan besar BN kali ini.
Ayarx,
Takbir!…Aku tak kisah blog ini diintip kerana aku rasa aku tak menulis untuk memperburukkan sesiapa. Cuma aku hanya menceritakan berdasarkan fakta yg sahih. Terima kasih sekali lagi!
Penang?..InsyaAllah aku akan ke sana..mmg tgh plan nak gi sana nih..hehe
nfirdaus,
Terima kasih firdaus. Kau buat la satu. Bleh kita tukar2 link..hehe..
March 9th, 2008 at 9:05 pm
ND,
aku pun dapat SMS macam tu, mana dorang dapat no h/p aku nah babi betullah.
March 9th, 2008 at 10:34 pm
Tahniah pendokong2 kebenaran, pagi ini saya bangun dgn penuh berseri, senyum sorang2,mandi senyum, makan senyum, puas kerana dapat menunjukkan kepada BN, bahwa rakyat tidak buleh ditipu selama-lamaya. Betul kata ND, yang paling saya tunggu ialah kejatuhan Zainuddin Maiden. Dan saya bangga menjadi salah seorang yang menjatuhkannya. Sekarang barisan kerajaan baru Kedah mesti melaksanakan amanah yang diberikan rakyat sebaik2nya, Jika tidak kita akan membawa mereka turun pula. Suara Rakyat, Suara Keramat. Allahuakbar.
March 9th, 2008 at 11:02 pm
ND,
ko rupanya mangsa pengundi hantu. but thank to God, BN tewas juga kat melawati nih.
nway, aku rasa sungguh gembira bila je abis main futsal on fri nite, dapat news Nurul Izzah dah kalahkan sape tuh? shahrizat.. huhu.. a slap on shahrizat face yg slalu pikir dia macam bagus sgt… if all vote based on character n personality alone, dah sah2 izzah will win big time :p
in overal, kudus to BA for the result. it’s the first time in history (sebab tahun 69 aku tak lahir lagi) yg aku rasa sungguh gembira bila dapat result.. sungguh gembira kerasa ada 4 kerajaan baru yg bukan ditadbir oleh orang2 BN yg tamak dan arrogant.. i am sick of arrogant people.. gembira juga nak tgk apa bentuk perubahan yg BA akan bawa di selangor, nak tgk jugak PJ and SA city council yg lebih efficient n takde lagi pembaziran tax payers money utk tujuan2 tak tentu pasal.. nak tgk gak camne BA akan bersihkan corruption kat klang municipal council..
i wanna see change in selangor.. hope tan sri khalid ibrahim will reform the state management n steer the state to greater success.. and hope that PKR will fight for the good cause for the people who have voted for them to be in power.
it’s the dawn of new beginning… no more room for arrogants.. n justice for all!
March 10th, 2008 at 9:07 am
nd,
maria tak mandaftar tapi ada nama.. mmm camne plak kes ni? hehe..siap hantar info mengundi dirumah lagi.. neway,
diharap dgn kemenangan dan kekalahan yg tak disangka2 ni, menjadi pengajaran kpd pimpinan negara..
congrats to Izzah dan semua yg menang, semoga dapat berbakti kpd rakyat..
padan muka org2 yg belagak dan sombong dan pikir org suka sgt kat depa..
March 10th, 2008 at 9:07 am
salam…
ako sokong luwahan hati ko ND.. ako mengundi di Parlimen Titiwangsa… Titiwangsa adalah kerusi panas.. Dan disini ingin ako menyucapkan tahniah kepada Dr. Lo’Lo keatas kemengan PAS.
Titiwangsa merupakan kubu kuat BN.. akhirnya jatuh sembah kebumi sendiri.. ini adalah kuasa rakyat.. bukannya kuasa mutlak terletak di tangan pemimpin negara. Rakyat skrang sudah pandai menilai yg mana yg terbaik utk rakyat.
kepada Dr. Lo’Lo!!! selamat menjalankan tugas anda!
March 10th, 2008 at 9:15 am
yuhuuuuuu!!~
nk senyum je.
ala.. intip2 lak, intip dia balik hahaha. org melaka masih lg jumud, xleh nk kata apa laa. tp at least jurang undi pun dah x jauh klu kita tgk2 balik.
tp camno laa khairy jamaluddin tu bole menang? tait betoi!
March 10th, 2008 at 10:45 am
kampung aku sibuk macamkan hari raya sempena PRU ke 12 sejak khamis sehingga hari mengundi..malam menunggu keputusan semua penduduk kampung berkumpul di markas laksana menonton piala dunia penduduk dan menjerit ketika kep[utusan pilihanraya yang memihak kepada calon BA diumumkan..ohh begitu meriah sekali kampung ku dan semangat kerjasama dapat dilihat sempena PRU ini..aku akan merinduinya setiap 4 tahun
March 10th, 2008 at 11:45 am
yeay!!!
March 10th, 2008 at 11:45 am
Takper Wandi 5 tahun lagi ko mengundi plak … SPR memang lembap … biasa aa gomen …Pilihanraya 2008 menyimpan seribu kenangan … aku sanggup amik cuti hari Jumaat supaya aku boleh mengadakan road tour ku … sampai ke Rembau beb …malam pengiraan utk untuk kawasan Gombak amat menyakitkan dan menyeksakan … hampir 3 ribu orang berkumpul di Padang Sg. Pusu utk menyaksikan kemenangan BA … pukul 12 malam sudah ada berita dari dalam dewan mengatakan BA sudah menang … tapi SPR tak umumkan kemenangan … recount undi … ada peti undi baru datang .. aku dengar 6 kotak datang .. giler … takut gak jadik macam kes 1999 … undi pos datang at 12 am and BA pada mulanya leading terus kalah utk Parlimen Gombak … pukul 2 pagi kami mendapat khabar dari dalam dewan yang beberapa kotak undi telah hilang .. rakyat mula hilang sabar .. kalo tak kerana ada polis jaga habis roboh pagar luar dewan sekolah sg pusu tuh … dari 3 ribu tinggal dalam seribu lebih pada pukul 3 pagi .. tapi still bersemangat nak tgu result … macam2 Be End dan SPR ni … penyokong2 BA berdoa beramai2 sepanjang menunggu .. dan akhirnya pukul 4.30 pagi baru umumkan BA menang .. sapu bersih semua kerusi DUN and of course parlimen, laungan REFORMASI dan TAKBIR berkumandang tanpa penat… ada cakap2 mengatakan keputusan sengaja dilambatkan pengumuman pasal depa tau awal2 lagi Selangor jatuh kat pembangkang and derang dok bawak lari fail sulit …. tapi apa pun kawasan kita BA menang wandipa.. tak sia2 jadik reformist since 1999 ….
SALAM REFORMASI DARI KU …. REFORMASI!!!!!!!!!!!!
March 10th, 2008 at 2:49 pm
aku gembire selangor jatuh..
aku gembira shah alam pun jatuh..
aku gembire bn pun jatuh..
aku gembira khir toyo pun jatuh..
aku gembira aku gembira aku gembira..
luah perasaan ke aku mcm ni?hehehe…
March 10th, 2008 at 3:30 pm
Wah..ramainya reply..eheheh..terima kasih kepada semua yg sudi memberikan komen di sini.
Sememangnya kita amat gembira melihat kejatuhan BN kali ini setelah rakyat diperbodohkan secara terang-terangan. BN sepatutnya muhasabah diri mereka sendiri dan tanya pada diri sendiri mengapa ini semua berlaku.
Saya harap lepas ni segala kes2 jenayah rasuah dan sebagainya yg melibatkan org2 BN akan diketahui umum kelak. Mari kita sama-sama menyaksikannya!
Allahuakhbar!
March 10th, 2008 at 3:32 pm
neceolite aka ayie…
Jom kita bertanding pulak lagi 4 tahun…hahahaha…
ko amik DUN Hulu Kelang…aku amik DUN Gombak…waahahahahaha…
March 10th, 2008 at 4:24 pm
Assalamualaikum wandy ..
Sebenarnya.. saya adalah penyokong BN… Terus terang saya rasa sedikit kecewa dengan kemenangan BN yang TERUK… tapi saya rasa gembira.. semoga mereka yang kalah akan bangun sesudah 4 tahun tidur ..
Alhamdulillah.. BN masih lagi di beri kepercayaan utk memerintah.. Semoga para Pemimpin BA yang menang menjalankan tanggungjawab mereka .. Kita sebagai rakyat memang senang menuduh .. memang senang mencari salah pemimpin … Sepatutnya.. kita sebagai org melayu.. sebagai org islam.. bergabung untuk bersama-sama menyekat kemaraan org org cina..
adik adik ku… pergilah cari risalah keputusan PRU ke 12… analisa lah sendiri.. berapa byk kerusi DAP menang .. MAHU KAH KITA MENJADI NEGARA SINGAPURA ? HAK ORG MELAYU DI KETEPIKAN ? renung renung lah… KITA TIDAK MAHU MARUAH ORG MELAYU TERGADAI di tangan CINA….
Salam Sayang ..
MUMMY….
March 10th, 2008 at 4:29 pm
tahniah dapat MB baru
dah jumpa ke budak yang larikan kunci bilik Menteri Besar??
March 10th, 2008 at 9:47 pm
lagi 4 tahun kita kalih terus BN.BN terbukti pengkhianat melayu..BN gadai maruah melayu
mummy kalau rasa nak islam..boleh sokong PAS..
March 11th, 2008 at 10:06 am
nd , kau pernah register jadi ahli umno mana-mana tak?
March 11th, 2008 at 10:13 am
BA takbir selangor? PKR menang besar kat selangor? boleh ker tol turun? minyak kurang? kita tunggu manifsto yg dibuat BA tu…
best gak klu semuanya turun dan FREE… free ker? mana ada dalam dunia ni free? takper2… make sure penang dapat ye RM6k tu ye.. klu tak dapat..abis lah BA…kekke.. byk tul duit BA… nk bagi setiap rakyat di penang Rm6k sorang… tol nk mansuh…pergh..giler ah… klu aku jadi PM (mcm Tun M kata) dah lama serender..keke
so pada ND.. turun je harga tol lagi2 kat area kesas tu..senang skit aku nk g keje..takde ler sakit nk bayar tol je…. aku terus call ko.. and celebrate ngan ko..ekkekek
March 11th, 2008 at 10:23 am
Thanks ND for inviting…
Semalam aku ingat nak post.. tapi aku cancell…
aku YM ND jer… tapi xperla. pasal ND mintak post gak…
aku copy paste je la…
Nampaknya semua orang begembira dengan keputusan Pilihanraya 2008!!
Aku juga ada sedikit gembira… tetapi terlalu banyak yang aku risaukan…
Ramai yang gembira apabila parti alternatif telah banyak memenangi kerusi DUN dan Parlimen.. Walaupun kerajaan Barisan Nasional masih lagi memerintah, tetapi suara dari pihak alternative semakin besar.. semakin bertambah dalam parlimen, bermakna kerajaan Barisan Nasional tidak dapat berbuat sesuka hati dalam melaksanakan sesuatu. Ya.. ini satu perubahan yang bagus..!!
Tetapi.. wahai saudara2ku sekelian.. sedarkah anda apa yang sedang berlaku kepada negara ini sekarang..?! Ibarat gajah dgn badak bergaduh.. si tenuk juga yg dok rilek2 makan…
Wahai saudara2… bangun semua..!! Jangan leka… wahai saudara2ku di Penang.. wahai saudara2ku di Ipoh.. wahai saudara2ku di Kuala Lumpur.. wahai saudara2ku di Bandar Melaka.. tengoklah siapa pemimpin anda… Selidiklah apa perjuangan mereka.. Kajilah apa pendirian mereka..?
Inikah yang patut kita gembirakan..? Inikah yang patut kita sukakan…?
Bacalah sejarah mereka.. carilah buku Aku Ingin Hidup.. sebuah buku lama terbitan tahun 1965 kalau x silap aku… then nilailah sendiri…!!
Sekian…
AKU ANAK MELAYU
March 11th, 2008 at 10:32 am
kita nantikan perubahan dan janji-janji mereka..
March 11th, 2008 at 10:35 am
Al-fatihah kepada bekas wakil rakyat pelabuhan kelang… http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/3/11/nation/20080311085456&sec=nation
March 11th, 2008 at 1:02 pm
Hari ni dalam Utusan.. Tambang feri ke Langkawai NAIK dari RM15 ke RM20.. hmmm..
Aku plak tetarik dgn komen2 pembaca kat page 12 SURVIVAL MELAYU TERGUGAT..
Yes… setuju dengan pendapat diorang..
Ibarat Cerita Lebai Malang.. Ayamnya menang.. tapi kampungnya tergadai..
Dan… sejarah berulang kembali.. Kalao kat penang.. menang sorak je la…
Kampung…negeri.. habis tergadai.. kat sapa..?!
Apa yang akan berlaku pada hari esok..? lusa..? Bulan depan..? Tahun depan..? Depan..? depan..? dan depan..? orang Melayu kehilangan kuasa, politik..
Tengok apa jadi pada Singapura..? Orang Melayu terpinggir… Agama Islam tersingkir.. Orang Melayu telah dipecah2kan mengikut kawasan.. supaya tidak ada majority orang Melayu di sesebuah tempat. Jadi, mereka lah yang akan terus memerintah. Jabatan Agama Islam akan hilang suara, sebab kononnya wakil yang beragama Islam telah berada dalam Mesyuarat DUN.. lagipun kan derang yang memerintah..?! Kesannya..? Fikirlah sendiri..
Fikirlah wahai saudara2ku…
Lebih parah lagi peristiwa yang sama akan berlaku pada negeri2 lain. Hakikatnya tetap sama… Tgk kat Perak hari ni.. Mereka tidak mahu wakil PAS menjadi Menteri Besar dan memerintah Perak, kerana mereka juga telah menghantar nama wakil mereka walaupun perlembagaan telah mewartakan orang Melayu sahaja yang boleh menjawat jawatan Tertinggi dalam pentadbiran negeri. Nak jugak tu… Tengok kat Selangor.. apalagi yg derang mintak..? Nak pulak cadangkan diadakan Timbalan Ketua Menteri sorang Cina.. sorang India.. pasal apa..? pasal nakkan kuasa.. kan da kata tadi, hakikatnya tetap sama.. mereka menguasai DUN.. segala keputusan kerajaan negeri mesti mendapat persetujuan dari wakil DUN… Menteri Besar.. jadik apa..?!!
Sedar x saudara2ku sekelian..?!! Maafkan kalau ini berbau perkauman.. tapi itulah hakikat yang harus kita telan.. Mereka lebih bersifat perkauman.. Kalau x percaya.. cuba selak2 balik artikel2.. cuba tgk2 balik berita.. cuba imbas balik isu2… search balik youtube2… tgk balik gambar2 yg korang shoot. Tgk poster2 mereka.. Kemudian nilailah sendiri.. Ingat2 balik sms, email yang kita pernah dapat..
Kalau x nampak lagi… anggaplah ANDA masih……. BERMIMPI….
AKU ANAK MELAYU
March 11th, 2008 at 1:33 pm
Diorg tak tau rburns … tah nk menetang je… skang kita tunggu dan lihat lah.. pandan muka… aku nk tgk sgt semua manifeto BA tu dilaksana kan.. klu takde…:) sendri mau ingat…
March 11th, 2008 at 2:31 pm
Sekali lagi mummy menulis.. mummy bersetuju dengan AKU ANAK MELAYU…. Mummy juga bersetuju dengan Rudy.. sama - sama kita nantikan perubahan yang akan berlaku..Dan Marilah bersama sama kita kuatkan akar umbi org melayu, Orang Islam..
Semoga negara yang kita cintai terus sejahtera…. terus aman .. terus makmur…
Salam Sayang …
MuMMy…
March 11th, 2008 at 3:22 pm
Assalamualaikum ayarx ….
March 12th, 2008 at 2:36 am
tertarik saya membaca komentar dari blog ini .. mengenai NASIB ORANG MELAYU … ayat2 kat bawah ni saya petik dari komentar orang .. supaya boleh dijadikan renungan
kenapa sebelum ni semasa UMNO memerintah tak keluar pulak isu2 perkauman macam ni … sedangkan kalau kita lihat… dalam BN masih ada MCA dan MIC… ada juga Gerakan dan parti2 lain berbilang kaum… kenapa bila DAP dapat perintah Penang saje terus gurindam2 yang berbau perkauman dimainkan?
gendang2 perkauman ini dicanang dengan membayangkan seolah-olah orang melayu lah yang bagus dan baik berbanding dengan kaum2 lain.. sedangkan hakikatnya cina dan india ni juga adalah manusia… mereka ada hati dan ada perasaan…
kalau dilihat dari segi agama… adakah agama Islam membenarkan kita menghina bangsa atau kaum lain? saya ada terbaca di dalam sebuah kitab agama yang ada menyatakan hukumnya adalah harus kita saling bantu membantu dengan bangsa dan kaum lain…
`Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan lain). (Al-Hujurat: 13).
cuba fikirkan sebelum kita hantar post yg bersifat perkauman tu tentang hati dan perasaan kaum yang kita nak keji tu… apa yang mereka akan rasa sedangkan mereka tidak melakukan apa2 kesalahan pun… malah mereka juga mengiktiraf agama Islam sebagai salah satu agama yang mengajar kebaikan dan mencegah kemungkaran… apa pula perasaan orang2 melayu yang mempunya saudara mara kaum cina atau india? apakah perasaan mereka kalau mereka membaca apa yg kita suratkan sedangkan di dalam keluarga mereka tidak pernah pula mengutuk orang2 melayu? bagaimana pula kalau ada org cina muslim yang terbaca kutukan2 orang2 melayu kita terhadap bangsa cina mereka?
jadi saya ambil kesempatan ini untuk mengajak rakan2 seperjuangan di sini untuk memikirkan semula hala tuju kita… terutamanya mereka yang sokong PAS sebagai parti politik yang berteraskan Islam… ingat pesan Tok Guru… sentiasa kenang diri kita sebagai pejuang Islam… bukan pejuang kemajuan atau kemodenan dan bukan juga sebagai pejuang perkauman…
Insya Allah… Amin…
Semoga Allah memberkati…
Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang sebaliknya itu daripada saya sendiri…
minta maaf sekiranya ada yang membenci dengan pandangan dan pendapat saya di sini…
SALAM REFORMASI dari ku
March 12th, 2008 at 2:38 am
to wandi .. nak jadik ADUN ni bukan senang .. huhu .. takmo la … tapi kalo ko nak aku calonkan ko .. boleh je .. ahaks
March 12th, 2008 at 8:53 am
Semalam Buletin Utama dan semua Berita Utama TV mengatakan Kerajaan Baru Pulau Pinang akan menghapuskan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) …ini bermakna hak hak org melayu akan dihapuskan… Inikah yang adik adik semua bangga-banggakan ? Seburuk buruk BN .. Seburuk buruk UMNO .. mereka tidak lupa akan hak hak org melayu…
Orang orang melayu yang mengundi BA harus bertanggungjawab atas keputusan kerajaan Baru Pulau Pinang !!!!!
Bangkitlah wahai adik adikku…
saLam SaYang
MuMMy…
March 12th, 2008 at 9:41 am
Ala.. bukan apa mummy.. skang ni kan BA dah pegang 2 negeri utama iaitu selangor dan perak… so.. semua projek2 yg BN nk laksana untuk projek UTARA sure STOP (dah tu BA pegang takkan diorg nk buat kat sana lak..cari ler hasil sendiri)… seperkara lagi.. sultan selangor bukan senang nk perkenankan mana2 wakil rakyat yang semudah itu nk jadi menteri.. kita ada raja.. kita ada agong… bukan senang wow… siap kena counselling ngan sultan selangor 2 jam lagi tu nk tgk Dato khalid tu betul ker idak..silap2 kena buat pilihan raya sekali lagi kat perak dan selangor… tgk skang ni.. perak pon dah huru-hara sebab apa? DAP mintak org dia pun nk jadi menteri penuh..dia nk bagi kat PAS…hei..sorry ler.. dah nama pon cina.. klu tak menipu bukan cina ler bang.. itu sifat 21 yang dia ada.. 1 tu sifat menipu..kekek allah takde sifat menipu ye… mana boleh tukar pelembagaan? skang dekat penang plak org2 masyarakat melayu mintak dekat DAP supaya timbalan menteri org melayu… DAP bagi ker? kekeke.. fikir2 kan lah ye… lepas DAP Penang mintak plak duit kat petronas untuk sambung job jambatan pulau pinang yg baru.. aik? kata boleh bagi rakyat pampasan RM6k sorang..mintak lagi kat kerajaan negeri terengganu? bukan tu federal nye hasil ker?
seperkara lagi.. skang ni kan selangor PKR dah pegang..so sendri mau ingat lah ye.. semua cukai2 sure naik ye… harap maklum… byk lagi nk cakap ni… aku bukan nk menyelebahi BN, aku tau BN masalah dalaman memang byk… tapi siapa peduli? semua ker bermasalah? BA semua ker teruk? ada gak ahli politik BA yang bagus..seperti Kapal Singh.. segala kata2 beliau didalam parlimen kebykkan nye betul..so ‘bagus’ dia tentang kerajaan….
byk lagi isu selepas ini, aku memang sgt nk tgk 4tahun BA perintah selangor cam ner lah rupe nye.. seperkara lagi org2 india.. semalam kalu aku lepak kedai mamak…masyarakat india semua dah pening…ahahhaha..(ni betul2 gelak jahat ni). mana tak nye… ni contoh samy velly jawab :-
“Klu kepala tada, macam mana badan mau jalan?” - sammy vellu say
so maksud memang mendalam ah..MEMANG..dia dah lama..dia patut letak jawatan.. so salah siapa skang ni? yg dok pangkat DAP tu apa pasal? kang skang ni suara masyarakat india didalam parlimen dah tak kuat malah tiada langsung… siapa peduli? ada DAP nk tolong sampaikan kat parlimen itu pasal kepala sudah takda?kekekke so… masyarakat india takde masalah ker klu dah drop kan sammy? bahaya ooo… lama bukan bererti tua… muda tak bererti cetek pengalaman… so fikir2kan lah ye… klu letak 1-9 org…. belum tentu dalam parlimen india org ke-9 parlimen nk dgar… huhuu…
// tu luahan je..takde kena mengena ngan pihak BN and BA… huhu.. fikir2kan lah..kita tunggu dan lihat..
March 12th, 2008 at 11:50 am
ahaks … kelakar la … baru je berapa hari depa dok pegang … DEB memang bagus .. tapi dok kenyangkan orang melayu yang kaya je … kalo nak buat perbandingan aku rasa terlampau cepat .. apa dah jadik ngan Melayu Penang masa BN memerintah … tanah dok kena jual ngan CINA .. orang Melayu yang kuasai DEB ni la yang dok jual kat depa … jangan lekas melatah, kasi depa buat keje dulu …
March 14th, 2008 at 8:40 am
PERAK MASIH TIDAK ADA MENTERI BESAR ??? APA SUDAH JADI DENGAN BA ??? BIARKAN LUNCAI TERJUN DENGAN LABUNYA ……. KITA TUNGGU DEPA BUAT KERJA ..
March 14th, 2008 at 1:50 pm
Hmm..makin galak nampaknya..hehe..tunggu saya punya blog entry nanti ya. Saya akan menceritakan dan menjawab segala pertanyaan serta memberi pendapat saya berkenaan komen yg anda semua berikan.
Terima kasih byk2!…
March 15th, 2008 at 8:40 pm
wahahahah…
ada orang BN melenting nampaknya…. (walaupun tak mengaku dia sokong BN)
March 16th, 2008 at 12:33 am
salam…plz la org2 melayu sekelian…buka la mata seluas2nye. tgk keliling anda..apa yg anda lihat? kite mmg mudah lupa…apa yg UMNO telah lakukan utk org melayu! wlpun skrg nie byk korupsi..tp kite perlu fkir kite nk negara kite dipegang oleh DAP laknatullah atau bangsa kite sendiri?
PKR bukan pjuangkn nasib bangsa kite..ia xlebih dr mhancurkn bangsa melayu itu sendiri. aku dilahirkn di pulau pinang..sedey bila melihat negeriku dibwh pimpinan DAP laknatullah! wlpun dulu Dr. Koh Tsu pun xbguna utk org melayu disana..tp sume dilakukn nye masih terikat pd BN yg ditunjangi UMNO. so dia xbrani sgt!
Tun Dr. Mahahthir Mohammad la pejuang sebenar bangsa melayu..kite cpt sgt tpengaruh, hingakn kite xdpt bezakan pimpinan yg baik dan buruk. aku sendiri xleh terima pak lah…sbb diblkang paklah ada KJ yg prasan bgus! tp utk bangsa melayu aku xakan sama skli vote utk BA…wlpun PAS bole diterima (sbb mpjuangkn Islam) tp still diorg xkn dpt undi org cina…itu yg kt perlu fkir! jgn krana benci kn sseorg (pAKLAH N kj)…kita sanggup gadaikn tanah air kita.
bila org Melayu kite bpecah 3 (UMNO,PKR dan PAS)…org cina btepuk tangan kegirangan sbbnye…xlama lg cita2 diorg utk mmrintah negara akan tcapai…org melayu saling myalahkn antara 1 sama lain.
korang lihat kt PNG…MCA risau sgt ke DAP mmrintah..xdenye..pura2 sedey..tp sbnarnya diorg gembira. Bangsa diorg akan lbih maju dibwh DAP laknatullah
apa yg akn dilakuknk kelak..org cina pakat2 undi DAP…org melayu bpecah 3. tgk perak..xtau sapa lg menteri besar.
Bangkit la bangsa ku..jgn kita leka lg…lihat skeliling dn bfikir…yg mana boleh tumbangkn bangsa cina yg igin jdkn Malysia speri sngapore.
korang tahu x…DAP sgt takutkn UMNO itu sendiri..tambah time Tun Dr. Mahathir..dia tau UMNO adalah utk org melayu dan Dr. Mahathir pejuang melayu yg sgt hebat. Lee Kuan Yew sendiri pun kagum dgn DR. Mahathir! Beliau sgt hebat…tp mlgnya org melayu xnmpk suma tue. kita nmpk Tuan Guru Nik aziz..bkn kata die xelok..die Tuan guru yg ptt dihormati dan disanyangi tp beliau bukan seorg pmimpin…beliau xmampu mmimpin sebuah negara yg majmuk. itu kita perlu fkir!
sahabat2 ku sekalian…kita xmo kn negara kita diamik alih oleh kuasa luar..kita xmau kn bangsa kita ditindas dlm tanah air kita sendiri…kta xmo jd cam singapore…sampai kn btudung ke skolah xbole..azan xbole dilaungkan.
UMNO adalah utk kita sume bsatu…igat satu2 parti yg dpt pjuangkn hak org melayu sndiri dan dpt mmimpin negara kita.
aku bsyukur juga..BN klah teruk…supaya pimpinan pak lah brundur dan juga yg penting utk mnmpar org melayu yg leka tido hingga kn 1 ngeri diamik alih org DAP!!!
ini juga utk myedarkn org melayu supaya bangkit bsatu utk pilihan raya lg 5thn akan dtg.
BERSATU ORG MELAYU! BANGKIT PERTHANKN AGAMU, BANGSA DAN NEGARA MU!!!!! JGN BIARKN DAP DAN PKR TRUS PBODOHKN KITA!!!
March 17th, 2008 at 11:40 am
Assalamualaikum…
MuMMy sOkOng sangat sangat kat nUrUl…
March 19th, 2008 at 4:10 pm
DAP.. huhuhu.. sori la… aku tetap tolak..
Reformasi…? hmm… aku antara yang terawal melaungkan reformasi kat Dataran Merdeka dulu.. tebar flyers.. sampai kawan aku kena tangkap dgn ISA.. tapi lama kelamaan perjuangan reformasi ni.. makin tak tentu hala.. aku pon x pasti..
BN? banyak lak cengkadak2.. dgn mentadak…
Aku cuma anak cucu cicit.. pejuang bangsa..!!
March 24th, 2008 at 3:17 pm
ringkas aku ckp kat sini..ditujukan pada mereka2 yg masih xpaham….
dasar DEB kononnya tuk org Melayu…tpi melayu yg mcm mana??..MELAYU+BN=UMNO yess..byk yg dpt!! sape yg kaya?..MELAYU=UMNO..buknnyer org2 melayu bawahan yg xder kepentingan cm kita..(lagi2 org PAS,PKR or parti lain)..yg still bayar mcm2 cukai tuk negara tercinta…ape yg kita dapt sebagai org2 yg xder berkepentingan nih?..cube ckp…jgn haraplaa…kekayaan dlm ngkungan diorg jer..so xyahla nk bersuara kononnya DEB banyak tlg org MElayu…dulu pun org MELAYU (terutama kt penang) mcm tu gak masa ade dasar tu..biler parti pembangkang baru jer ambih alih xsampai bape bulan..dh mcm2 kelua..itulah inilah..semuanya diorg rase xkena..yg nk jadi ‘juara’(org penang kata ‘jogha’) pakat dok tunjuk terer..kononnya “DIALAH PEMBELA ORG MELAYU”…padahal..yg UMNO=BN memerintah puluh2 tahun org melayu still terpinggir n mcm tu gak (xspecially kt penang) xnak plak bising kan…so akhirkata…”LU ORG PIKIRLAH SENDIRI!!…:D
-org pulau mutiara-
March 27th, 2008 at 2:26 pm
Nie la org melayu yg xtau bfikir..mcm awk la kurzz! Otak dikurniakn hanya letak dilutut! DEB bkn utk semua org mlayu? Rubbish!!!
pastue pruntukan utk kontraktor melayu klas F, tander utk peniaga2 melayu yg bwhan sapa yg bg? klau dasar nie myelewang..dh tentu org bwhan mcm nie xkn dpt apa!
ko igat dgn pmrintahn DAP, PKR…org bwhan melayu bole survive…lg teruk ada la!!
use ur brain la dude! jgan nnti kita dihinjak2 bwak tapak kaki cina…masa tue ko nk mintak apa lg? jd mcm melayu sgapoe?! ko mau mcm tue?? mesti ko xdpt bfkir dgn betul lg…fkir2kn la…
buka la mata luas skt…jgn kaburkn mata anda dgn pmainan politik PKR yg tentu skali akn mrugikn org melayu!
Klau xmo pak lah mmrintah..pakat ramai2 suh dia turun..jgn krana dia..semua org melayu jd bpecah hinggakn pihak lain amik ksempatan atas ppecahan org melayu!
takut aku fkirkn masa dpn melayu sdri…
March 27th, 2008 at 2:29 pm
bias